Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSoalan ‘Najib bebas?’ mungkin tak terjawab hari ini

    Soalan ‘Najib bebas?’ mungkin tak terjawab hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan diraja bekas perdana Menteri Najib Razak kemungkinan besar tidak akan dikeluarkan hari ini.

    Lembaga itu dilihat tidak akan membuat keputusan yang  boleh mengalihkan perhatian awam terhadap peristiwa pelantikan Yang di-Pertuan Agong baru.

    Terdahulu spekulasi bahawa ia akan diumumkan dalam sidang media Kementerian Dalam Negeri petang ini juga telah ditolak.

    Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil juga dijangka sekali lagi meminta media menunggu kenyataan rasmi dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet.

    Kabinet dilihat cuba menegaskan pemisahan antara kuasa eksekutif dan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

    Lembaga bermesyuarat pada Isnin lalu dan ia dipercayai antaranya bagi memutuskan permohonan Najib.

    Ia dikatakan mesyuarat terakhir Yang di-Pertuan Agong sebelum ini Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

    Penggal pemerintahan baginda berakhir semalam.

    Terdapat tiga kemungkinan boleh dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang mengundang debat hangat, iaitu:

    • Najib diampunkan dan dibebaskan daripada penjara.

    • Hukuman 12 tahunnya dikurangkan. Terdapat jangkaan hukumannya dikurangkan kepada enam tahun.

    • Lembaga Pengampunan tolak permohonan Najib.

    Najib sedang merengkok dalam Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah dalam kes rasuah melibatkan dana RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

    Najib juga sedang berdepan perbiraan lain, termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB bernilai RM2.27 bilion.

    [Baca laporan asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts