Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSokongan Melayu kepada PH, BN makin meningkat - Aminuddin

    Sokongan Melayu kepada PH, BN makin meningkat – Aminuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sokongan pengundi Melayu di Negeri Sembilan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menunjukkan peningkatan lebih 50 peratus berdasarkan kajian dilakukan oleh PH.

    Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata sokongan berkenaan sentiasa meningkat terutamanya pada dua hari lepas berbanding April lepas hasil keberkesanan pendekatan dijalankan calon serta jentera parti dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

    “Sokongan Melayu ada peningkatan mungkin disebabkan makluman dan penerangan dilakukan. Saya yakin bahawa orang Melayu akan bersama PH dan BN, Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pengundian awal di Balai Polis Sikamat di Seremban hari ini.

    Aminuddin berkata PH dan BN tetap memberi tumpuan kepada pengundi Cina dan India yang jumlah mereka agak ramai di negeri itu.

    Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 864,425 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN di negeri ini.

    Seramai 83 calon daripada PH, BN, Perikatan Nasional, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Bebas bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.

    SPR menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal hari ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts