Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSolat jenazah Taib di Masjid Negara sebelum pulang ke S'wak

    Solat jenazah Taib di Masjid Negara sebelum pulang ke S’wak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Abdul Taib Mahmud kini berada di Masjid Negara untuk disolatkan. Jenazah juga akan dibawa ke Dewan Syarahan Utama Masjid Negara untuk upacara penghormatan terakhir di peringkat Semenanjung. Selepas berakhir upacara penghormatan terakhir itu, jenazah Abdul Taib akan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk diterbang ke Kuching sekitar 12 tengah hari ini. Terdahulu, jenazah allahyarham dibawa dari hospital swasta, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) tiba pada pukul 9.30 pagi, untuk dimandi dan dikafankan.

    Isteri Abdul Taib, Raghad Kurdi Taib dan ahli keluarga mengiringi jenazah allahyarham. Antara pemimpin yang dilihat hadir Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan bekas ahli parlimen Ketereh Annuar Musa. Turut hadir memberi penghormatan terakhir Ketua Polis Negara Razarudin Husain. Taib berkhidmat selama tiga penggal sebagai TYT Sarawak dari 1 Mac 2014 sehingga 26 Jan tahun ini, apabila Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggantikannya.

    Dia juga merupakan ketua Menteri paling lama berkhidmat di Sarawak dari 1981 hingga 2014. Sebelum ini, Abdul Taib merupakan satu-satunya tokoh politik era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah berada dalam kabinet Negeri Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1963.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts