Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPAN rangka mekanisme bagi transformasi perkhidmatan air - Fadillah

    SPAN rangka mekanisme bagi transformasi perkhidmatan air – Fadillah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan merangka dan menyediakan mekanisme bagi pelaksanaan transformasi perkhidmatan air untuk tempoh sedekad akan datang.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PETRA juga sedang merancang mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan dan bekerjasama dengan Persatuan Air Malaysia (MWA) untuk mengumpul idea serta maklum balas daripada semua pihak.

    “Beberapa pertimbangan penting ialah seperti pendigitalan dan penggunaan AI dalam industri air untuk meningkatkan kelestarian dan meningkatkan kecekapan operasi.

    “Selain itu, meskipun pengurusan sumber air dan amalan pengurangan kos kekal sebagai manfaat utama, pengendali juga perlu melihat pengurusan dan peningkatan hasil untuk memastikan kelestarian industri air,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Ke-36 dan Malam Anugerah 2024 MWA sempena Anugerah Industri SPAN dan ASIAWATER 2024 di Kuala Lumpur, semalam.

    Fadillah berkata usaha mereformasi penyampaian sektor perkhidmatan air merupakan keutamaan strategik dan memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan di semua peringkat tempoh tertentu di Malaysia.

    Pada majlis itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Air Malaysia MWA dan Anugerah Industri SPAN atas sumbangan mereka yang cemerlang kepada industri air.

    Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

    Sementara itu, Pengerusi SPAN Charles Santiago berkata anugerah tersebut yang julung kali diperkenalkan bagi memberi penghormatan dan mengiktiraf pencapaian cemerlang serta amalan terbaik pemain industri dalam memacu dan menyokong agenda kelestarian air negara.

    Presiden MWA Dr Mohmad Asari Daud pula berkata acara itu turut mewujudkan peluang kepada industri untuk memperkukuh rangkaian dan pengetahuan mereka serta membincangkan perkembangan industri semasa acara ASIAWATER.

    ALSO READ:  Calon Pelangai tak minat debat

    Dalam acara anjuran SPAN dan MWA, sejumlah 12 anugerah disampaikan kepada pemain industri bagi pencapaian cemerlang mereka dalam pelbagai kategori seperti Anugerah bagi Kepimpinan Wanita, Anugerah Utama Operator Awam Terbaik 2023, Anugerah Perkhidmatan Prestasi Terbaik, Anugerah Projek Terbaik dan Anugerah Inovasi Industri Air Terbaik.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts