Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSpan siap sedia hadapi sebarang kemungkinan akibat banjir

    Span siap sedia hadapi sebarang kemungkinan akibat banjir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan infrastruktur bekalan air akibat banjir, bagi memastikan bekalan air pengguna tidak terjejas sepanjang berlakunya bencana itu.

    Pengarah Bahagian Operasi Wilayah SPAN Azrul Raimee Ramli berkata perkara itu, dibuat dengan melaksanakan tindakan mitigasi berdasarkan pelan kesiapsiagaan disediakan oleh pengendali bekalan air, yang mengandungi tindakan untuk fasa sebelum, semasa dan selepas banjir.

    “Antara tindakan yang telah diambil sebelum apa-apa situasi banjir berlaku ialah meninggikan kedudukan rumah pam di kawasan perumahan, yang telah dikenal pasti berisiko tinggi mengalami banjir berdasarkan data yang diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

    “Kita telah meminta operator mengaktifkan bilik gerakan pemantauan kesan banjir, jadi semasa banjir berlaku, pelan mitigasi akan dilaksanakan, contohnya sekiranya loji bekalan air di daerah ‘A’ terkesan banjir dan tidak dapat beroperasi, loji di daerah ‘B’ yang terdekat pula akan menyokong dan menyalurkan bekalan air kepada kawasan yang terkesan di daerah ‘A’,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini yang bertajuk ‘Banjir: Kesiapsiagaan Operator Perkhidmatan Air’, terbitan Bernama TV hari ini.

    Azrul Raimee berkata bagi fasa selepas banjir pula, operator akan membuat tinjauan terhadap aset bekalan air seperti rumah pam atau loji rawatan air yang musnah atau rosak disebabkan banjir, dan melaksanakan pembaikpulihan dalam memastikan pengoperasian semula.

    Beliau berkata SPAN akan memastikan pengendali bekalan air di kawasan masing-masing mengemas kini pelan kesiapsiagaan secara berkala, berdasarkan kejadian banjir yang berkemungkinan berbeza-beza setiap tahun, sekiranya ada.

    “Maknanya tahun sebelum itu apa yang jadi kena (direkodkan), supaya ada pelan (termasuk) menaik taraf kawasan dan menyelenggara aset secara berkala untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik,” katanya.

    ALSO READ:  UiTM 'apartheid' - Polis panggil Andrew Sia dalam masa terdekat

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts