Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSpeaker batal penggantungan lepas MP Pendang minta maaf

    Speaker batal penggantungan lepas MP Pendang minta maaf

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini membatalkan penggantungan empat hari sidang parlimen yang dikenakan ke atas Awang Hashim (PN-Pendang).

    Ini selepas Awang mematuhi nasihat Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin untuk memohon maaf kepada Johari dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya yang membawa kepada penggantungan itu.

    Awang: Saya diberitahu digantung empat hari, saya sedia terima. Tapi saya nak penjelasan sebelum keluar dewan, apa salah saya dan saya tak nak speaker buat keputusan secara emosi.

    Johari: Kamu adalah kawan saya. Tapi di sini saya adalah speaker dan kamu perlu menghormati jawatan itu. Apabila saya minta kamu tarik balik, tapi kamu tak nak tarik balik. Saya gantung empat hari. Jadi, Pendang silakan keluar.

    Hamzah yang juga ahli parlimen Larut kemudian meminta Johari menimbang untuk membatalkan penggantungan itu jika Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

    Hamzah: Saya minta Pendang tarik balik. Jangan pertikai. Minta maaf dan tarik balik.

    Awang: Okey, saya minta maaf dan tarik balik.

    Johari: Okey, selesai. Larut, teruskan.

    Bagaimanapun, Johari mahupun Awang tidak menjelaskan apa yang diperkatakan oleh ahli parlimen PAS itu yang membawa kepada penggantungannya.

    Terdahulu, Johari membuat keputusan itu setelah ahli parlimen pembangkang membantah ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengucapkan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

    Mereka bertindak keluar dewan bagi menyampaikan bantahan itu namun kembali masuk bagi menyertai sesi perbahasan titah diraja.

    Terdahulu, bercakap pada sidang media sebaik selepas keluar dari dewan, Awang mendakwa Johari membuat penggantungan itu secara emosi, dan berkata dia tidak tahu sebab digantung.

    “Saya digantung kerja tanpa sebarang (asas). Saya tidak berkata apa-apa untuk menekan speaker. Saya hanya keluar dan saya digantung selama empat hari.

    ALSO READ:  K'jaan semak undang-undang pemilikan saham pemunya manfaat

    “Adakah ini keputusan emosi? Tentu emosi. (Speaker) beremosi dengan setiap keputusan yang dibuat setakat ini. Jika dia berkata dia mahu berlaku adil, biarlah (adil) kepada semua pihak,” katanya.

    Awang kemudian masuk semula ke dalam dewan untuk mendapatkan penjelasan penggantungannya, dengan menegaskan dia tidak mendengar ketika Johari membuat keputusan itu.

    Sebelum membatalkan keputusan yang dibuatnya, Johari berkata dia menganggap Awang sebagai rakan, namun ahli parlimen itu perlu menghormatinya ketika dia mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.

    “Daripada semua pemimpin pembangkang, saya paling menghormati Pendang. Dia kawan dan pegawai saya, tetapi apabila saya menyuruhnya menarik balik kenyataannya, dia menafikan berbuat demikian dengan berkata ‘saya tidak akan menarik balik’.

    “Apabila saya beritahu anda untuk menarik balik kenyataan anda, apa salahnya dengan mengatakan ‘speaker, saya minta maaf dan saya tarik balik?’,” soal Johari lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts