Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPR: PRK Kemaman jadi perintis sistem baru pengurusan pilihan raya

    SPR: PRK Kemaman jadi perintis sistem baru pengurusan pilihan raya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baru pada Pilihan Raya Kecil Kemaman sebagai ujian rintis untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

    Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata sistem pendigitalan yang pertama kali digunakan itu bagi memudahkan petugas SPR dalam melaksanakan urusan berkaitan proses pilihan raya, sekali gus mempercepat keputusan pengundian diumumkan.

    “Sistem baru ini kita akan beritahu kemudian kerana ini kali pertama kita meneliti semua maklumat itu dalam sistem kita dan lihat kelancaran dahulu, sebab sebelum ini pegawai pembimbing kita yang masukkan data-data, jadi ini kali pertama, kalau berjaya nanti insya-Allah (akan umum).

    “Kita ada sistem yang baru ini, jadi insya-Allah kita akan tahu keputusan lebih awal tetapi dari segi undang-undang kena tunggu peti undi sampai ke pusat penjumlahan undi,” katanya kepada media selepas melawat proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga di Chukai, Kemaman hari ini.

    Mengenai perjalanan proses pengundian hari ini, Abdul Ghani berkata trend keluar mengundi pada PRK Kemaman meningkat sekitar lapan peratus setiap jam, dengan semua saluran menunjukkan momentum yang sama.

    Setakat 12 tengah hari, sebanyak 35 peratus pengundi keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi di empat DUN di Kemaman.

    Justeru Abdul Ghani menasihatkan lebih ramai pengundi, termasuk di luar Kemaman, untuk keluar mengundi sementara cuaca masih baik dan sebelum pusat pengundian ditutup pada enam petang nanti.

    “Di Terengganu Sabtu masih cuti, jadi majikan juga tidak ada masalah nak melepaskan pekerja untuk mengundi.

    “Setakat ini ikut saluran satu, dua dan tiga termasuk saluran orang muda momentum dia sama sahaja,” katanya.

    ALSO READ:  LGBTQ: Hormat konsensus rakyat, tapi tak sepatutnya diganggu - PM

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts