Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM: Bekas setpol, anak MB Perlis didakwa esok

    SPRM: Bekas setpol, anak MB Perlis didakwa esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, manakala bekas setiausaha politiknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

    “Kedua-duanya akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada pukul lapan pagi,” katanya kepada Bernama.

    Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.

    Sementara itu, Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudian berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts