Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM jejaskan bantuan musim sejuk Palestin, kata Dr M

    SPRM jejaskan bantuan musim sejuk Palestin, kata Dr M

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Aman Palestin menyebabkan bantuan RM10 juta yang disediakan syarikat itu tidak dapat disalurkan, kata Mahathir Mohamad.

    Risau dengan kedatangan musim sejuk di Gaza, Mahathir berkata penderitaan akibat kekejaman Israel akan bertambah berat susulan musim sejuk yang melanda.

    “Malangnya, Aman Palestin kita disiasat oleh SPRM dan akaun-akaun mereka dibekukan. 

    “Dengan itu, bantuan RM10 juta yang disediakan tidak dapat disalurkan,” kata bekas perdana Menteri.

    Minggu lepas, SPRM mengumumkan 41 akaun bank Aman Palestin Berhad dan syarikat lain dibeku, melibatkan wang bernilai lebih RM15 juta.

    Pembekuan akaun itu dibuat susulan dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

    Aman Palestin menafikan dakwaan itu, membidas SPRM dan mendakwa suruhanjaya itu menjalankan “propaganda untuk membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya”.

    Aman Palestin memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang jika akaun mereka tidak dinyah beku dalam tempoh tiga hari, yang berakhir esok.

    Dalam kenyataan hari ini, Mahathir berkata SPRM boleh meneruskan siasatan tetapi wang itu harus dibenar dihantar kepada rakyat Palestin.

    “Jika SPRM sangsi sama ada wang tersebut akan sampai kepada rakyat Palestin atau tidak, mereka boleh hantar pegawai mereka mengiringi wakil Aman Palestin yang diamanah menyalur wang tersebut kepada rakyat Palestin.

    “Jika tidak, SPRM turut sama mendera rakyat Palestin yang memang sedang menderita akibat deraan Israel,” katanya.

    Aman Palestin ditubuhkan pada 2004 untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin yang terjejas akibat pendudukan Israel.

    Ia diasaskan oleh bekas presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman. 

    Abdullah Zaik menjadi presiden Aman Palestin sehingga 2018 dan kini berkhidmat sebagai pengerusi eksekutifnya.

    ALSO READ:  Pemuda Amanah Bachok tak mahu demokrasi dibantutkan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts