Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM Melaka tahan dua ketua jabatan disyaki kemuka tuntutan palsu

    SPRM Melaka tahan dua ketua jabatan disyaki kemuka tuntutan palsu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua ketua jabatan persekutuan serta seorang pengarah syarikat di Melaka kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program anjuran jabatan dan perpindahan pada 2023.

    Menurut sumber, suspek lelaki dipercayai menggunakan dokumen invois bagi tujuan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM24,000 sebagai pembayaran program sebuah jabatan.

    “Suspek dipercayai menjadi peranancang utama dan berpakat dengan pengarah syarikat terbabit untuk menggunakan invois yang mengandungi butir palsu iaitu tuntutan pembekalan sedangkan pembekalan itu tidak pernah dilaksanakan bagi program yang dianjurkan tahun lepas.

    “Seorang lagi suspek (wanita) membuat tuntutan palsu berkaitan perpindahan berjumlah kira-kira RM6,000 kepada jabatannya,” kata sumber itu.

    Dia juga menambah kesemua suspek ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 2.30 petang tadi.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad, mengesahkan penahanan terbabit dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil lagi beberapa penjawat awam kedua-dua jabatan untuk memberi keterangan.

    Dia turut menyatakan kebimbangan kerana ketua jabatan sepatutnya berpegang kepada prinsip amanah dan akauntabiliti dalam membersihkan jabatan mereka daripada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa, bukannya menjadi duri dalam daging.

    Mohd Shahril berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan kebenaran reman esok.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts