Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM sahkan tahan MB Perlis, dibebaskan dengan jaminan lepas soal siasat

    SPRM sahkan tahan MB Perlis, dibebaskan dengan jaminan lepas soal siasat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas penyiasat antirasuah itu selesai merakam kenyataannya berhubung dakwaan salah guna kuasa.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi kira-kira jam 4 petang hari ini.

    Dia turut mengesahkan Menteri besar tersebut memang ditahan suruhanjaya antirasuah itu.

    “Ya, (Shukri) ditahan untuk dirakam percakapan.

    “Lepas rakaman percakapan selesai, dia dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya kepada Malaysiakini.

    Shukri tiba di pejabat SPRM kira-kira jam 10 pagi hari ini dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama beberapa jam.

    Menurut Azam, Menteri besar itu dibebaskan dengan jaminan selepas SPRM berpuas hati dengan kerjasama yang diberikannya pada sesi hari ini.

    Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan SPRM telah menahan Shukri berkaitan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa.

    PAS bidas Malaysiakini

    Dia dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung beberapa dakwaan membabitkan Shukri dan anaknya, yang ditahan dan direman bersama beberapa yang lain minggu lepas.

    Bagaimanapun, beberapa pemimpin PAS sejak laporan tersebut dimuatnaik melancarkan serangan terhadap Malaysiakini, menegaskan Menteri besar itu tidak pernah ditahan.

    Ketua Penerangan PAS Mohd Fadhli Shaari (gambar atas) menuduh wartawan Malaysiakini gagal berkomunikasi dan memahami bahasa Melayu dengan baik.

    Meskipun beberapa media tempatan lain turut melaporkan judul berita serupa namun hanya Malaysiakini yang menjadi sasaran pemimpin PAS.

    “Dipanggil untuk siasatan SPRM berbeza dengan ditahan oleh SPRM. Wartawan pun tak mahir dalam bahasa Melayu, apa nak jadi ni?

    “Sepatutnya wartawan yang biasa berinteraksi menggunakan bahasa Melayu boleh membezakan dua ayat ini,” kata Fadhli pada hantaran di Facebook.

    Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden (gambar atas) pada hantaran FB berasingan pula menyelar Malaysiakini kerana melaporkan Shukri ditahan SPRM.

    ALSO READ:  Lawatan Anwar ke Jerman tumpu pertingkat hubungan dua hala - Duta

    Dia mendakwa portal berita ini cuba menimbulkan persepsi negatif dan membandingkan berita mengenai Shukri dengan artikel mengenai dua wartawan Malaysiakini dipanggil polis untuk membantu siasatan pada 2021.

    “MB Perlis hanya dipanggil beri keterangan, bukannya ditahan. Apa tujuan Malaysiakini tulis tajuk berita ‘SPRM tahan MB Perlis’?

    “Adakah untuk campak persepsi negatif? Sepatutnya tajuk berita ditulis: SPRM Ambil Keterangan MB Perlis,” bidasnya.

    Minggu lalu, SPRM menahan anak Shukri dan lima yang lain bagi membantu siasatan berkaitan penyerahan dokumen dan tuntutan palsu membabitkan RM600,000 sejak dua tahun lalu.

    Kes berkaitan pemalsuan dokumen untuk membuat tuntutan palsu sedang disiasat selepas projek membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan dari 2022 hingga kini tidak dijalankan.

    Azam hari ini mengesahkan salah satu kes yang sedang disiasat termasuk dakwaan tuntutan palsu untuk bekalan minuman kepada Raja Perlis semasa baginda berada di sebuah hospital di Negeri itu.

    Susulan penahanan anaknya, Shukri memberitahu DUN Perlis dia menyerahkan kes itu pada budi bicara SPRM.

    Katanya, dia terbuka dengan siasatan terhadap anaknya yang didakwa terbabit dalam kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

    Mohd Shukri berkata sekiranya hasil siasatan mendapati anaknya bersalah, pihak berkuasa berhak menjatuhkan hukum kerana tiada siapa yang kebal daripada undang-undang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts