Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM siasat dakwaan rasuah dalam kempen Keluarga Malaysia

    SPRM siasat dakwaan rasuah dalam kempen Keluarga Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan bekas perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob.

    Menurut beberapa sumber, sebuah pasukan penyiasat telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk mencari dan merampas dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan. Siasatan ini memfokuskan kepada projek-projek tertentu semasa Ismail Sabri menjadi perdana Menteri.

    Seorang sumber berjawatan tinggi mendakwa terdapat dakwaan rasuah dalam kontrak berkaitan dengan kegiatan promosi konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan Ismail pada Ogos 2021.

    “Salah seorang yang disiasat adalah bekas perdana Menteri era ‘Keluarga Malaysia’, Ismail Sabri,” kata sumber itu.

    “Siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam penganugerahan kontrak untuk papan iklan ‘Keluarga Malaysia’ dan bahan kempen yang lain,” katanya lagi.

    Pasukan penyiasat masih dalam proses mengenal pasti jumlah sebenar yang terlibat, namun sumber mendakwa kontrak tersebut bernilai lebih RM300 juta.

    Malaysiakini telah menghubungi Ismail Sabri untuk mendapatkan respons berkenaan perkara ini.

    Selain ahli parlimen Bera itu, beberapa bekas pegawainya turut disiasat, termasuk seorang pembantu Ismail yang dilantik secara politik ke jawatan kanan di Pejabat Perdana Menteri pada masa itu.

    SPRM dijangka memanggil Ismail dan beberapa bekas pegawainya tak lama lagi.

    “Kami rancang untuk panggil mereka secepat mungkin (untuk rakam keterangan). Dia (Ismail) sedang menunaikan umrah, jadi (akan dipanggil) selepas pulang ke Malaysia,” kata seorang sumber.

    Siasatan dibuat di bawah Akta SPRM 2009.

    Ketika dihubungi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan suruhanjaya itu sedang menyiasat seorang bekas perdana Menteri dan beberapa bekas pegawai atas dakwaan rasuah, namun enggan mengulasnya dengan lebih lanjut.

    Semalam, laporan Utusan Malaysia menyatakan SPRM dijangka memanggil seorang bekas pemimpin tinggi kerajaan dan seorang bekas setiausaha sulit untuk soal siasat pada minggu depan. Sumber yang dipetik laporan itu mendakwa dua individu itu disiasat atas dakwaan menyelewengkan jutaan ringgit dana kerajaan.

    ALSO READ:  Russia launches drone attack on Kyiv for second night, Ukraine says
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts