Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM siasat tindakan Kor Ming umum peruntukan dana di KKB

    SPRM siasat tindakan Kor Ming umum peruntukan dana di KKB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang mengumumkan peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Bharu (KKB), baru-baru ini.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya, akan meneliti sama ada perkara yang berlaku itu berunsur rasuah atau sebaliknya.

    “Perkara (kejadian) itu diambil kira oleh pusat aduan (SPRM) dan setakat ini tiada kertas siasatan yang dibuka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, hari ini.

    Pada 18 April, Nga mengumumkan peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), bagi menambah baik infrastruktur awam di daerah itu, namun tindakan itu dikritik beberapa pihak yang mendakwa dana itu diluluskan demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB.

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming

    Dalam perkembangan berasingan, Azam berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung isu pengisytiharan harta.

    “Itu tidak lagi. Kita tidak berhasrat untuk tahan beliau (Mahathir)…siasatan masih dijalankan,” katanya.

    Azam sebelum ini mendedahkan bahawa Tun Mahathir Mohamad antara individu berprofil tinggi yang disiasat SPRM, berhubung pengisytiharan harta yang mendorong kedua-dua anak beliau, Datuk Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mohkzani Mahathir diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts