Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM: Siasatan terhadap Daim berasaskan undang-undang

    SPRM: Siasatan terhadap Daim berasaskan undang-undang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa agensi itu menjadikan Daim Zainuddin sebagai sasaran politik seperti yang didakwa bekas Menteri kewangan itu.

    Menurutnya, siasatan terhadap Daim adalah berdasarkan peruntukan undang-undang dan telah dimulakan sejak Feb lalu berdasarkan maklumat dari Kertas Pandora.

    “SPRM ingin membetulkan fakta berhubung kenyataan yang dikeluarkan Daim yang menyebabkan kekeliruan dan salah faham yang tidak perlu berhubung siasatan kesnya.

    “Pertama, SPRM tidak pernah pada bila-bila masa, membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Daim melakukan sebarang kesalahan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

    SPRM menjawab kenyataan Daim baru-baru ini yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan agensi itu melakukan political witch hunt (penganiayaan politik) terhadapnya.

    Ahli perniagaan itu juga mendakwa SPRM tidak memaklumkan kepadanya atau ahli keluarganya mengapa mereka disiasat.

    Kenyataan itu dibuat selepas SPRM menyita Menara Ilham, sebuah bangunan bernilai jutaan ringgit milik Daim dan keluarganya di ibu negara baru-baru ini.

    Tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah

    Mengulas lanjut, SPRM berkata notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) telah dihantar kepada Daim pada 7 Jun 2023, meminta akuan bertulis dan bersumpah dibuat olehnya untuk mengisytiharkan semua hartanya sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis.

    “Daim memohon lima lanjutan dan dia telah diberikan lanjutan pada 6 Julai, 10 Ogos, 11 Sept, 11 Okt, dan yang terakhir pada 14 Nov 2023, untuk mengisytiharkan hartanya.

    “Sebagai sebahagian daripada proses siasatan, Pendakwa Raya telah mengeluarkan Notis Penyitaan terhadap Menara Ilham pada 18 Dis 2023, di bawah Seksyen 38(1), Akta SPRM 2009 (Penyitaan harta tak alih),” kata.

    ALSO READ:  QuickCheck: Did a ship sail backwards for almost 3,000km?

    SPRM berkata bekas Menteri juga disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

    SPRM menegaskan berdasarkan prinsip undang-undang, mana-mana individu yang disiasat tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, dan mempunyai peluang untuk membersihkan nama jika kes itu dibawa ke mahkamah.

    “SPRM adalah sebuah suruhanjaya bebas dan bertindak secara objektif dan profesional mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, selain dipantau oleh lima badan pemantau bebas.

    “Justeru, SPRM menggesa semua supaya mengelak daripada membuat spekulasi mengenai kes itu dan membenarkan siasatan diteruskan tanpa gangguan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts