Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM soal siasat MB Kedah tiga jam isu rasuah KFA

    SPRM soal siasat MB Kedah tiga jam isu rasuah KFA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berdepan siasatan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

    Sanusi yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dipercayai disoal siasat berhubung dakwaan isu rasuah dalam kelab bola sepak Negeri itu.

    Dia dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM itu pada 11.37 pagi setelah tiba pada 8.30 pagi, namun gagal ditemui media yang menunggu di luar pagar premis itu.

    Bernama memetik Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim sebagai mengesahkan SPRM mengambil keterangan pemimpin PAS itu hari ini.

    Selasa lalu, SPRM mengesahkan akan memanggil Sanusi bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan KFA.

    Sabtu lalu, Naib Presiden KFA Muhammad Radhi Mat Din dipetik media sebagai berkata ketua pegawai eksekutif persatuan itu, Zulkifli Che Haron, bersama tiga individu lain, telah direman oleh SPRM.

    Sebelum itu, SPRM memperoleh perintah reman tiga hari terhadap empat individu berkenaan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan lebih RM6 juta pada 2020.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

    Menurut sumber, wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

    Siasatan dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan projek di Negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak terbabit.

    Bagaimanapun, Sanusi sebelum ini mendakwa dia adalah sasaran sebenar pihak tertentu di sebalik plot dakwaan rasuah dalam KFA, sedangkan dakwanya ada pihak lain sepatutnya dikenakan tindakan dan bukan empat individu ditahan SPRM.

    ALSO READ:  Telegram boss to stay in French custody as Russia alleges US meddling

    Presiden KFA itu juga mendakwa, penahanan empat individu termasuk ketua pegawai eksekutif persatuan bola sepak itu sebelum ini hanya sebagai ‘aksesori’ untuk mengada-adakan kes bagi menganiaya mereka, seterusnya membina naratif buruk terhadap kerajaan Kedah di bawah pentadbirannya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts