Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM tahan 15 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM2 juta

    SPRM tahan 15 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM2 juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 15 penjawat awam lagi kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok, dan arak melalui pintu masuk negara.

    Tangkapan ke atas semua lelaki tersebut dilakukan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM melalui Operasi Samba 2.0 yang dilaksanakan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mulai 11 Mac yang lepas.

    Menurut sumber, semua suspek yang berusia antara 30-an dan 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang semalam ketika mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

    “Siasatan awal menunjukkan bahawa kesemua suspek disyaki terlibat dalam perbuatan tersebut antara tahun 2017 hingga 2023.

    “Mereka yang ditahan didakwa menerima wang rasuah melebihi RM2 juta daripada sindiket untuk memudahkan aktiviti penyeludupan tembakau kunyah, rokok, arak, dan beberapa barangan lain,” katanya.

    Pasca penahanan individu tersebut, AML SPRM telah menyita barang-barang seperti telefon bimbit dan membekukan akaun bank individu-individu yang terlibat.

    Sebelum ini, AML SPRM telah menahan 11 individu termasuk lima penjawat awam yang kemudian dikekalkan dalam tahanan bagi membantu siasatan.

    Difahami bahawa modus operanandi sindiket tersebut termasuklah menggunakan khidmat “forwarding agent” sebagai peranantara bagi pembayaran rasuah kepada penguat kuasa bagi melancarkan proses penyeludupan arak, rokok, tembakau, dan barang-barang lain tanpa melalui deklarasi dan pemeriksaan yang sewajarnya.

    Sindiket tersebut turut disyaki menggunakan akaun keldai untuk menjalankan transaksi pembayaran rasuah kepada penjawat awam yang berkolusi dengan mereka.

    Selain itu, sindiket juga didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit melalui akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, pengurup wang, dan syarikat pinjaman wang yang berlesen.

    ALSO READ:  Kak Wan bimbang - tengok TikTok terus percaya

    Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin telah mengesahkan penahanan 15 suspek itu dan mengatakan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Beliau juga menyatakan bahawa semua individu tersebut akan dihadapkan untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts