SPRM menahan 34 penjawat awam kerana didakwa menerima rasuah lebih RM4.7 juta yang dikaitkan dengan aktiviti penyeludupan di KLIA Kargo di Sepang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata mereka ditahan dari 11 hingga 25 Mac lalu.
Bernama memetik Azam sebagai berkata penyeludupan di KLIA Kargo mengakibatkan ketirisan RM2 bilion sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, sebanyak 231 akaun bank, termasuk akaun keldai, membabitkan lebih RM17 juta dibekukan.
[Berita penuh menyusul]