Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM tahan empat penjawat awam terima rasuah lebih RM5 juta

    SPRM tahan empat penjawat awam terima rasuah lebih RM5 juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat penjawat awam dan masih lagi mencari seorang lagi yang disyaki menerima rasuah lebih daripada RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara.

    Keempat-empat suspek tersebut akan ditempatkan di dalam tahanan selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat selepas permohonan reman SPRM diluluskan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

    Berdasarkan sumber, keempat lelaki berusia 40 hingga 50-an telah ditahan dalam sebuah operasi khas di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 4 petang semalam oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, LHDN dan BNM.

    Dalam operasi tersebut, SPRM telah menahan lapan individu termasuk empat penjawat awam yang disyaki bersekongkol dengan sindiket tersebut sejak 2018 hingga 2023.

    “Sindiket ini didakwa merugikan hasil cukai negara sebanyak kira-kira RM400 juta dan memberi rasuah melebihi RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi tujuan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak dan barang-barang lain,” kata sumber itu.

    Pada masa yang sama, pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer peribadi, wang tunai, rumah dan kereta bernilai hampir RM6 juta telah dirampas, dan 237 akaun bank dengan jumlah kira-kira RM12 juta turut dibekukan.

    Menurut sumber, sindiket tersebut menggunakan pelbagai modus operanandi termasuk menggunakan akaun keldai bagi pembayaran rasuah kepada penjawat awam yang terlibat serta terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram melalui syarikat hantu dan pengurup wang.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan penahanan ini dan menyatakan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

    ALSO READ:  PM sampaikan Perutusan Negara, 9 malam ini

    Beliau turut menyatakan bahawa SPRM akan memohon reman untuk beberapa individu lain yang turut ditahan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts