Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSPRM tidak berhasrat tahan Dr Mahathir, kata Azam Baki

    SPRM tidak berhasrat tahan Dr Mahathir, kata Azam Baki

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberi jaminan bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk menahan Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.

    Katanya, ini kerana siasatan terhadap bekas perdana Menteri itu masih berjalan.

    “Itu tidak lagi. Kita tidak berhasrat untuk tahan beliau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Putrajaya hari ini.

    Azam Baki

    Pada 25 April lalu, Azam berkata bekas ahli parlimen Langkawi itu adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

    Susulan penyiasatan itu, kedua-dua anaknya, Mirzan dan Mohkzani juga diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

    Pada 18 Januari lalu, SPRM meminta kedua-dua mereka, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

    Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

    Nga Kor Ming

    Dalam perkembangan lain, Azam berkata, SPRM sedang memantau projek RM5.1 bilion yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang berkemungkinan mempunyai unsur rasuah.

    Walaupun tiada laporan rasmi difailkan, Azam berkata liputan media mengenai perkara itu akan dipertimbangkan.

    “Setakat ini belum ada laporan dibuat.

    “Tetapi kami akan ambil kira apa yang disebut dalam media, dan pusat aduan kami akan lihat jika ada sebarang unsur rasuah,” tambahnya.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts