Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSRC bawah Najib jadi mangsa penipuan skala besar, kata peguam

    SRC bawah Najib jadi mangsa penipuan skala besar, kata peguam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Di bawah pengawasan Najib Razak selaku Menteri kewangan, SRC International Sdn Bhd (SRC) menjadi mangsa penipuan besar-besaran oleh bekas perdana Menteri itu, kata peguam syarikat terbabit.

    Membacakan kenyataan pembukaan dalam perbicaraan penuh hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Lim Chee Wee turut memetik kata-kata Najib sendiri mengenai syarikat SRC.

    Kata Lim, Najib mendakwa SRC adalah “tonggak kepada pembangunan berpanjangan ekonomi Malaysia yang mampan panjang untuk rakyat”.

    Daripada menjadi wadah untuk rakyat, kata Lim, SRC kemudian menjadi mangsa penipuan berskala besar dan terancang oleh Najib melalui pelbagai salah laku sebagai perdana Menteri dan Menteri kewangan, penasihat emeritus SRC, bahkan selaku pengarah yang terselindung.

    Kata Lim, SRC menjadi medium yang dimanipulasi oleh Najib untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

    Tabung itu, tambah Lim, merupakan dana persaraan untuk kakitangan awam negara namun digunakan untuk memperkayakan Najib sekurang-kurangnya AS$120 juta.

    Dalam proses itu, kata peguam terbabit, SRC – dan kemudiannya rakyat – menanggung kerugian sekurang-kurangnya AS$1.18 bilion.

    Lim berkata demikian pada hari awal perbicaraan tuntutan SRC ke atas Najib – bernilai AS$1.18 bilion – difailkan pengurusan baru syarikat itu pada 2021.

    Pada asalnya SRC menamakan Najib serta enam bekas pengarah syarikat terbabit. Bagaimanapun SRC kemudian menggugurkan semua nama yang disenaraikan kecuali Najib.

    SRC mendakwa Najib telah menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.

    Najib merupakan Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

    SRC – yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) – menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

    ALSO READ:  Jumlah mangsa banjir di 3 Negeri kekal 278 orang - Nadma

    Kata Lim, kerugian yang dialami adalah besar dan berpanjangan.

    “Secara kebetulan, KWAP terletak di bawah bidang kuasa defendan pertama semasa beliau menjadi Menteri kewangan,” kata Lim.

    Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

    Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Kajang selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.

    Dia diperintah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta sebelum Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan tempoh serta jumlah tersebut, masing-masing menjadi enam tahun dan RM50 juta.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts