Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Stampa dipenjara bukti kesungguhan kerajaan jaga kedaulatan negara'

    ‘Stampa dipenjara bukti kesungguhan kerajaan jaga kedaulatan negara’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kemenangan bagi Malaysia telah direalisasikan setelah Mahkamah Sepanyol memutuskan bahawa penimbang tara Gonzalo Stampa bersalah atas tuduhan menghina mahkamah, ini merupakan bukti yang jelas akan kesungguhan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan kedaulatan negara.

    Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar (gambar atas) menjelaskan bahawa usaha kerajaan untuk menghentikan tindakan Stampa daripada terus mengganggu-gugat Malaysia akhirnya membuahkan hasil dengan Mahkamah Sepanyol memutuskan penimbang tara itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

    “Kemenangan hari ini adalah bukti nyata akan kesungguhan dan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah tanah air kita,” katanya semalam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi akaun X turut menyatakan bahawa selain hukuman penjara, mahkamah juga melarang Stampa daripada menjalankan tugas sebagai penimbang tara selama setahun.

    NIzam Bashir

    Berkongsi pendapat yang sama, peguam Nizam Bashir menggambarkan keputusan itu sebagai sesuatu yang patut diraikan oleh rakyat Malaysia kerana ia memberi amaran yang jelas kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan khazanah negara sebagai milik peribadi mereka.

    Beliau menyatakan bahawa keputusan itu diharap mampu meningkatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia dalam memerangi rasuah dan menghapuskan tindakan pihak yang ingin menyeleweng khazanah negara.

    “Keputusan ini membuktikan bahawa Stampa telah menghina mahkamah,” katanya.

    Peguam Christopher Leong pula menyatakan bahawa keputusan tersebut merupakan berita baik untuk Malaysia dalam usaha negara untuk membetulkan keadaan dan menuntut ganti rugi atas ketidakadilan yang melampau.

    “Tahniah kepada Datuk Seri Azalina dan pasukan undang-undang yang mewakili Malaysia. Adalah penting untuk kita tidak mudah berputus asa dalam usaha mengetepikan keputusan penimbang tara yang dipertikaikan dan melindungi kepentingan Malaysia,” katanya.

    ALSO READ:  Thaksin akan ditahan sejurus tiba di Thailand - Polis

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts