Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesStok makanan di Selangor cukup untuk tiga bulan - Amirudin

    Stok makanan di Selangor cukup untuk tiga bulan – Amirudin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Stok bekalan makanan di Selangor dijangka mencukupi sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan sekiranya berlaku sebarang bencana termasuk kemarau.

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata stor bekalan makanan yang ketika ini sedang dibina di utara Selangor itu dijangka akan menjadi tempat simpanan makanan berunsurkan karbohidrat iaitu beras dan protein sama ada ikan, daging atau ayam.

    “Insya-Allah kalau projek ini lengkap, Selangor akan mempunyai keterjaminan makanan sehingga tiga bulan. Maknanya, kalau adanya peperanangan sekitar (antarabangsa) dan beras tidak dapat diimport dan sebagainya, kita masih ada bekalan makanan.

    “Jadi, Selangor akan menjadi satu-satunya Negeri di Malaysia yang akan mempunyai daya tahan kerjaminan makanan selama tiga bulan tanpa ganggu-gugat daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ekspo Jualan Termurah MADANI di Tanjong Karang hari ini.

    Beliau berkata kadar keterjaminan bekalan bagi tempoh tiga bulan tersebut sangat relevan memandangkan Selangor mempunyai kira-kira tujuh juta rakyat.

    Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata kerajaan Negeri berhasrat menggabungkan Jualan Ehsan Rakyat (JER) iaitu inisiatif meringankan beban dilaksanakan kerajaan Negeri dengan Jualan Termurah MADANI.

    Hali itu katanya bagi membolehkan rakyat berbelanja dengan lebih murah seperti dilakukan menerusi Jualan Ehsan Rahmah hasil kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

    “Kita sasar paling tidak, satu (kawasan) Parlimen satu kali dapat dibuat dalam tahun ini dengan melihat kepada kekuatan dan kemampuan kita.

    “Saya akan mempertemukan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dalam mencari pendekatan lebih baik dan tidak menelan subsidi besar dalam masa sama memastikan barangan sampai kepada rakyat dengan harga murah,” katanya.

    ALSO READ:  ULASAN | Teladan dari Syeikh Yusuf dan perjuangan antiaparteid

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts