Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesStoking disusun pihak pembekal, kata staf KK Super Mart

    Stoking disusun pihak pembekal, kata staf KK Super Mart

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kakitangan kedai serbaneka KK Super Mart yang terlibat secara langsung dalam insiden kontroversi baru-baru ini berkata, mereka tidak perasan stoking bertulis kalimah Allah dijual di premis terbabit.

    Menjelaskan isu itu penyelia KK Super Mart di Sunway Mentara berkata biasanya bukan pekerja kedai yang menguruskan susunan sesuatu barang untuk dijual.

    Sebaliknya, kata dia yang enggan didedahkan identitinya itu, urusan tersebut dilakukan pihak pembekal yang datang ke sesuatu premis.

    “Staf yang bertugas cuma akan memeriksa bilangan stok yang sampai mengikut invois yang diberikan dan menanda dokumen berkenaan jika ia mencukupi.

    “Kadang-kadang stok yang sampai adalah dalam bentuk karton atau bungkusan.

    “Kami hanya check (semak) bilangan dan selebihnya akan dilakukan pihak pembekal,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

    Seorang pengurus yang kebetulan berada di KK Super Mart cawangan Bandar Sunway (berdekatan Sunway Pyramid) memberikan sedikit perkongsian dengan Malaysiakini mengenai sesetengah produk yang dihantar pembekal.

    Jumlah jualan merosot

    Katanya bagi sesetengah produk, misalnya stoking, ia menggunakan kod bar yang sama walaupun terdapat warna dan corak rekaan berbeza.

    Keadaan itu, katanya, boleh menjadi punca pembantu kedai yang bertugas tidak perasan kehadiran stoking dengan kalimah Allah ada dalam premis mereka.

    Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kewujudan stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka tersebut.

    Ia mengundang kemarahan banyak pihak, malah turun mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

    Pemuda Umno Malaysia pula menggerakkan kempen untuk memboikot semua kedai KK Super Mart kecuali setiap satu daripadanya menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.

    Sebelum itu pengasas rangkaian kedai tersebut, KK Chai, sudah memohon maaf secara terbuka, diikuti syarikat pembekal stoking itu, Xin Jian Chang Sdn Bhd.

    Kedai KK Super Mart cawangan Bandar Sunway

    Difahamkan stoking berkenaan hanya ada di dua premis KK Super Mart di Petaling Jaya.

    ALSO READ:  Kelantan tetap laksanakan pelarasan tarif air

    Hasil tinjauan Malaysiakini di ketiga-tiga cawangan KK Super Mart yang hangat diperkatakan itu mendapati mereka mengalami kerugian susulan gerakan boikot yang dijalankan.

    Penyelia di cawangan Bandar Sunway juga menyatakan kekesalan terhadap kontroversi yang sedang hangat diperkatakan orang ramai.

    “Gerakan boikot yang berlangsung menyebabkan kami rasa terkesan dan rugi.

    “Sebelum diboikot, jualan kami biasa mencapai antara RM8,000 hingga RM10,000 sehari, tetapi sekarang kami hanya dapat kira-kira RM5,000 hingga RM6,000 sahaja.

    “Sebenarnya kedai kami tidak terlibat. Yang terlibat ialah cawangan Sunway Mentari – yang ada satu pasang – dan banyak stok ada di cawangan Bandar Sunway 2 (berdekatan Sunway University),” katanya.

    Malaysiakini turut mendapati kakitangan di ketiga-tiga cawangan tersebut kelihatan bimbang dengan isu berkenaan kerana ia boleh menjejaskan rezeki mereka.

    Seorang petugas KK Super Mart cawangan Sunway Mentari menyatakan dia pernah dijerit serta dimarahi oleh segelintir orang yang lalu di hadapan premis berkenaan.

    “Ada pelanggan sedang membuat bayaran di kaunter, tiba-tiba orang yang lalu dekat luar kedai menjerit ‘boikot!’ kepada kami,” jawabnya dalam nada kekesalan.

    Bagaimanapun petugas di dua premis lain di Bandar Sunway tidak pernah mengalami kejadian seperti itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts