Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesStoking KK Mart: Jangan berlaku zalim atas nama agama

    Stoking KK Mart: Jangan berlaku zalim atas nama agama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak yang masih mengapi-apikan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart perlu menghentikan perbuatan tersebut dengan segera, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin.

    Katanya, masyarakat Muslim tidak sewajarnya berlaku zalim atas nama agama.

    “Islam tidak menyuruh umatnya melakukan demikian. Saya rasa semua pihak telah mendapat isyarat bahawa isu stoking mengundang kemarahan umat Islam.

    “Mesejnya sangat jelas. Sekarang bukan lagi masa untuk terus memainkan isu tersebut atas alasan memperjuang agama dan bangsa.

    “Mungkin situasinya berbeza jika pemilik KK Mart itu seorang Islam. Lantang dan kerasnya mungkin tak seperti ini,” katanya kepada Malaysiakini.

    Menurut Azman, ketika ini isu berkenaan tidak perlu dipanjangkan lagi kerana pemilik KK Mart telah pun dituduh dan didakwa di mahkamah.

    “Biarlah proses mahkamah tentukan. Selain itu, pengasas rantaian kedai serbaneka itu sudah beberapa kali telah memohon maaf kepada umat Islam.

    “Tapi, saya percaya masih ada pihak cuba mengapi-apikan isu ini.

    “Niatnya sudah jelas untuk menghuru-harakan keadaan dan perbalahan antara kaum dan agama. Ini masa untuk melangkah ke hadapan,” katanya.

    Mengulas lanjut, Azman berkata isu stoking berbeza dengan tindakan rakyat Malaysia memboikot barangan yang menyokong tentera Zionis.

    Katanya dia sebagai orang Melayu memang marah dan kecewa dengan isu stoking ini namun apabila memikirkan tindakan telah diambil terhadap pemilik KK Mart, malah ahli perniagaan terbabit secara terbuka memohon maaf, ia wajar diredakan.

    “Kita perlu melihat perkara ini dengan lebih mendalam. KK Mart ini sudah lama bertapak di Malaysia.

    “Ini kali pertama isu sebegini bangkit. Dan saya percaya semua pihak setuju bahawa kesalahan itu adalah kesalahan tidak sengaja.

    ALSO READ:  Umno kerah jentera bahagian bantu kempen calon PH

    “Dia sudah dituduh di mahkamah. Jadi, kenapa masih ada pihak berkeras nak boikot? Siapa yang terkesan dengan pemboikotan ini? Anak kita (warga Malaysia) yang bekerja di KK Mart,” katanya.

    Untuk rekod, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh merupakan antara yang paling lantang mengecam KK Mart berikutan kontroversi itu.

    Sejak itu, tiga cawangan kedai tersebut menjadi sasaran keganasan. Pada Sabtu lalu KK Mart di Kuantan menjadi mangsa kedua serangan bom buatan sendiri itu. Ia menyusuli serangan pertama yang direkodkan di Bidor, Perak pada 26 Mac lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts