Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSuami isteri direman bantu siasatan kes seleweng RM9.62 juta wang zakat Perak

    Suami isteri direman bantu siasatan kes seleweng RM9.62 juta wang zakat Perak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Satdu suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan.

    “Kes berkaitan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (kerana melakukan pecah amanah),” kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama.

    Semalam Mohd Yusri mengesahkan suspek lelaki berusia 50 tahun, manakala isterinya berumur 53 tahun yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk, ditahan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.35 tengah hari semalam.

    Terdahulu pada Khamis Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh MAIPk, selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

    Beliau berkata siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023, yang mana kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu, dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts