Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSuami isteri ditahan, bantu siasatan rogol anak hingga mengandung

    Suami isteri ditahan, bantu siasatan rogol anak hingga mengandung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan dakwaan seorang wanita berusia 20 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun, sehingga melahirkan anak di Kampung Chuah, Port Dickson.

    Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata siasatan awal mendapati kejadian terkutuk itu berlaku sejak 2016 sehingga tahun ini di dalam rumah yang sama di kampung tersebut.

    Beliau berkata ibu bapa pengadu, masing-masing berusia lingkungan 40-an itu ditahan Jumaat lepas pada kira-kira 11.40 pagi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan.

    “Mangsa telah mengadu kepada ibunya namun tidak diendahkan walaupun pengadu telah melahirkan dua orang anak. Seorang meninggal dunia semasa lahir manakala seorang lagi berusia tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan di Seremban hari ini.

    Beliau berkata ibu bapa pengadu tersebut didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan kedua-duanya di reman lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts