Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSuami isteri rugi lebih RM1.3 juta gara-gara penipuan pelaburan

    Suami isteri rugi lebih RM1.3 juta gara-gara penipuan pelaburan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasangan suami isteri warga emas mengalami kerugian melebihi RM1.3 juta selepas menjadi mangsa penipuan syarikat pelaburan berpangkalan di ibu negara.

    Abdul Fattah Yassin, 64 tahun, berkata semasa individu lain menikmati masa pensiun dengan keluarga, beliau pula terpaksa bekerja keras untuk menyara diri dan keluarganya.

    “Tiada lagi simpanan, kosong, untuk bayar secawan kopi juga perit,” katanya kesal.

    Menurut Abdul Fattah, beliau dan isterinya telah melabur sebanyak RM960,000 dan RM360,000 masing-masing pada pertengahan 2019 menggunakan dana dari perniagaan, persaraan, dan simpanan.

    Mereka menerima dividen pelaburan selama tiga bulan sebelum syarikat itu tiba-tiba menamatkan operasi dan tidak dapat dihubungi.

    “Saya terpedaya kerana gagal membuat kajian terperinci tentang syarikat pelaburan ini dan percaya selepas melihat dokumen-dokumen yang sepatutnya dan dimaklumkan bahawa ia berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

    “Saya juga rapat dengan ejen pelaburan yang bekas pegawai bank.”

    “Beliau juga telah melabur dengan syarikat yang sama dan kami sama-sama terperdaya. Saya sangat kecewa dengan kejadian ini dan saya harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan serius,” katanya.

    Abdul Fattah berucap kepada pemberita selepas menyerahkan surat permohonan bagi mendapatkan maklum balas perkembangan semasa siasatan melibatkan hampir 400 mangsa penipuan pelaburan bernilai lebih RM140 juta di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, Kuala Lumpur.

    Surat tersebut diserahkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim kepada Ketua Unit Siasatan Kad Elektronik JSJK Supt Nooranita Ismail.

    Seorang lagi mangsa, Harun Mohd Yunos, 63 tahun, berkata beliau dan isterinya mengalami kerugian hampir setengah juta ringgit selepas melabur dengan syarikat pelaburan itu pada Oktober 2022 disebabkan dipengaruhi oleh rakan-rakan.

    ALSO READ:  KOMENTAR| Melawan benci dengan rahmah setiap hari

    “Saya telah melabur RM250,000 dan isteri saya melabur RM250,000 menggunakan dana persaraan kami sebagai bekas penjawat awam.

    “Kami menerima dividen selama enam bulan sebelum syarikat itu tiba-tiba lenyap,” katanya.

    Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mengesahkan pihaknya telah menerima surat permohonan tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts