Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSuasana sayu iringi kepulangan jenazah Sarjan Faridah

    Suasana sayu iringi kepulangan jenazah Sarjan Faridah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia pada Sabtu lepas, diterbangkan pulang ke tanah air petang semalam.

    Markas Angkatan Bersama dalam kenyataan menerusi laman Facebook berkata, pesawat komersial membawa pulang jenazah berlepas dari Lapangan Terbang Rafik Hariri, Beirut pada 12.05 tengah hari waktu Lubnan (5.05 petang waktu Malaysia) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi urusan pengebumian di kampung halaman Allahyarham di Pendang, Kedah esok.

    Menurut kenyataan itu, majlis penghormatan ke atas Allahyarham Sarjan Faridah dilaksanakan mengikut tradisi ketenteraan oleh pihak UNIFIL bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri.

    Turut hadir Komander UNIFIL Lt Jen Aroldo Lazaro, Duta Besar Malaysia ke Lubnan Azri Mat Yaacob, Panglima 5 Briged (LAF) Brig Jen Ahmad Saadeh, Komander Sektor Barat Brig Jen Enrico Fontana serta Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni.

    “Ketibaan jenazah Allahyarham turut disambut oleh Kontinjen MALBATT 850-11 dan suasana hiba dapat dirasakan apabila jenazah diturunkan daripada van jenazah dan diusung masuk.

    “Tetamu kenamaan yang hadir memberikan tabik hormat ketika keranda jenazah diusung dan diletakkan di tengah-tengah medan dibaluti bendera UNIFIL,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu memaklumkan upacara tersebut dimulakan dengan pengurniaan pingat PBB dan Pingat Keberanian Tentera Lubnan (Gangsa) kepada Allahyarham dan Lazaro kemudiannya meletakkan pingat PBB sebagai pengiktirafan di atas pengorbanan Sarjan Faridah sepanjang berkhidmat di bawah panji-panji PBB.

    “Kemudian, wakil LAF Ahmad Saadeh meletakkan pingat Lubnan sebagai tanda penghargaan dari kerajaan Lubnan dan kalungan bunga turut diletak dengan dimulakan oleh Komander UNIFIL dan disusuli Duta Besar Malaysia ke Lubnan, wakil LAF, Komander Sektor Barat dan Komander MALBATT,” menurut kenyataan itu.

    Menurut kenyataan tersebut, suasana di medan bertukar hening dan pilu seketika semasa tiupan ‘last post’ sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sarjan Faridah.

    ALSO READ:  Muda candidate withdraws from Repah race in Negri state polls.

    Dalam kenyataan sama, upacara tersebut kemudiannya diakhiri dengan bendera UNIFIL dilipat oleh anggota MALBATT dan doa dibacakan sebelum keranda Allahyarham, yang dilitupi Jalur Gemilang diusung keluar dari medan dan dibawa ke tempat penyimpanan kargo untuk diterbangkan ke Malaysia.

    Pada 19 Mei lepas, Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan Faridah meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan daripada bercuti selama sebulan di Malaysia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts