Keputusan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mungkin memberi kesan secara politik. Langkah itu boleh meningkatkan inflasi dan kos hidup, yang boleh digunakan oleh pembangkang untuk mengasak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, tulang belakang di sebalik rancangan itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli percaya langkah tidak popular itu perlu dan Anwar tidak menggali kubur sendiri. Sebaliknya, katanya, RMK12, termasuk rancangan subsidi bersasar, akan menambah baik kehidupan rakyat dan memastikan Pakatan Harapan (PH) kekal memerintah. Anggota parlimen Pandan berkata rakyat cukup bijak untuk berkongsi wawasan yang sama.
āSaya fikir kita (kerajaan) akan bertahan untuk lima tahun. āDan saya fikir selepas setahun dua pelaksanaannya, apabila orang ramai melihat penambahbaikan yang dibuat, mereka akan menyokong idea ini,ā katanya.
Katanya, bagi memastikan kejayaan rancangan itu, keputusan sukar mesti dibuat sekarang, termasuk mereformasikan sistem subsidi yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini. āJika kita gagal mencapai perkara ini dalam lima tahun, kita harus mula laksanakan banyak reformasi teras secepat mungkin untuk memberikan masa kepada keputusan fiskal dan kewangan bagi manfaat negara ini. āDengan melaksanakannya, isi rumah akan mula faham bahawa langkah ini lebih baik dan satu-satunya cara untuk meminumkan dan mengurangkan risiko politik,ā jelas Rafizi dalam wawancara dengan Malaysiakini di kementeriannya di Putrajaya pada Selasa. āJadi selagi kita menjaga keseimbangan antara taiming, urutannya dan memberi kita masa yang cukup untuk melaksanakannya, saya rasa ia akan berjaya,ā tambahnya.
Langkah radikal itu antara 17 anjakan besar yang diketengahkan dalam kajian separuh penggal bagi memastikan pembangunan sosioekonomi sehingga 2025. Pada peringkat awal, laporan kajian itu penekanan akan diberikan kepada subsidi elektrik, diesel dan petrol. Penjimatan daripada langkah subsidi bersasar itu akan digunakan untuk mendanai projek dan program sosioekonomi bagi manfaat rakyat.
Ia akan dijalankan berpandukan data 10 juta isi rumah daripada Sistem Pangkalan Data Utama (Padu). Data ini merangkumi pekerja sektor tidak rasmi. Sementara itu, Rafizi menafikan RMK12 menyamai kerangka ekonomi kerajaan sebelum ini, terutamanya ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Membangkitkan ākegagalanā Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, dia berkata terdapat perbezaan besar antara rancangan itu dengan RMK12. Katanya, RMK12 tidak menggunakan perunding luar sebaliknya 100 peratus menggunakan kepakaran sektor awam.
[Sumber](https://www.malaysiakini.com/news/679055)