Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit’

    ‘Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Subsidi ubat-ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) masih dikekalkan supaya rakyat tidak terbeban dengan sebarang peningkatan kos ubat.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata bagi mengurangkan beban pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti swasta pula, KKM menyediakan harga panduan pengguna untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat harga ubat-ubatan menerusi www.pharmacy.gov.my bagi membuat perbandingan harga.

    “KKM telah meneliti inisiatif ketelusan harga ubat iaitu fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti perlu memaparkan harga ubat seperti diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 3 Okt 2023.

    “Langkah ini dapat meningkatkan akses rakyat kepada bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya serta membolehkan rakyat mengetahui harga ubat yang perlu dibayar seterusnya membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai tindak balas KKM berhubung ramalan peningkatan harga ubat-ubatan serta produk farmaseutikal kira-kira lima hingga 10 peratus yang akan memberi tekanan kewangan kepada pesakit dan waris khususnya penghidap penyakit kronik.

    Lukanisman memaklumkan harga ubat di pasaran dipengaruhi oleh pelbagai sektor ekonomi seperti kadar pertukaran mata wang asing, kos penyelidikan dan pembangunan serta masalah pengilangan yang di luar kawalan KKM.

    Namun, katanya bagi membantu kerajaan mengurangkan kos perolehan ubat, KKM telah melaksanakan beberapa langkah antaranya kaedah perolehan ubat dengan kontrak tiga tahun yang dilihat memberi faedah dan manfaat besar kepada kerajaan.

    “Langkah ini mampu menjimatkan kos kerajaan untuk mendapat harga tawaran yang lebih stabil selain dapat memastikan tidak berlaku kenaikan harga dalam tempoh tiga tahun.

    ALSO READ:  'Nak naik bas, kena tengok pemandu gila ke tak gila'

    “Selain itu, KKM akan mengelakkan kos berulang bagi tujuan perolehan seperti kos pengiklanan tender, pemantauan kontrak lebih efektif dan mengelakkan terputusnya bekalan perkhidmatan sekiranya berlaku proses tender baharu,” katanya.

    Berkenaan peranancangan KKM untuk menstabilkan atau mengurangkan harga ubat bagi rawatan seperti depresi, leukemia dan kanser, Lukanisman berkata ubat-ubatan ini masih lagi diedarkan secara percuma kepada pesakit KKM walaupun harga ubat dikawal pembekal atau produser ubat berkenaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts