Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSudah-sudahlah berbalah, Charles nasihat pemimpin India

    Sudah-sudahlah berbalah, Charles nasihat pemimpin India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Bekas ahli parlimen Klang Charles Santiago hari ini menasihatkan pemimpin politik India supaya menumpukan penyelesaian isu masyarakat dan bukan menyerang sesama sendiri ketika pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu.

    Ini selepas ahli parlimen DAP RSN Rayer semalam mengecam bekas rakannya P Ramasamy kerana menggesa pengundi India di KKB supaya tidak menyokong PH.

    Charles berkata kaum India di KKB menghadapi isu lama yang memerlukan penyelesaian yang berdaya tahan dan bukannya melihat ahli politik mereka bergaduh sesama sendiri.

    “Enam puluh tahun lebih dan orang India KKB masih mempunyai isu yang tidak dapat diselesaikan. Tetapi daripada mencari penyelesaian yang bertahan lama, kami sibuk melempar batu antara satu sama lain.

    “Mungkinkah ini sebabnya isu yang melibatkan kaum India tidak pernah diselesaikan sejak awal,” soalnya pada kenyataan yang disiarkan di Facebook.

    Charles membangkitkan isu perumahan di KKB yang menyaksikan sebuah sekolah Tamil terpaksa melindungi kanak-kanak terbiar.

    Dia juga menyoal jika pimpinan politik telah melawat komuniti terjejas serta menggesa PH mendengar denyut nadi rakyat dan mencari penyelesaian untuk mereka.

    “Dasar mesti mencerminkan aspirasi masyarakat terjejas. Di KKB kami mempunyai isu perumahan yang berlarutan dengan sebuah sekolah Tamil yang melindungi kanak-kanak terbiar.

    “Berapa ramai daripada mereka yang menjerit sekuat hati ini telah melawat masyarakat terlibat dan kanak-kanak itu? Saya terlupa, lebih mudah untuk menjadi pahlawan papan kekunci.

    “Tiada siapa yang akan mempercayai anda jika anda turun padang sekarang, menjanjikan bulan dan matahari kepada kaum India. Jadi, dengar isu mereka dan dapatkan idea strategik untuk menanganinya,” kata Charles.

    Katanya lagi walaupun PH berkaya mengekalkan KKB dalam pilihan raya, rakyat mungkin tidak percaya lagi gabungan itu jika gabungan tersebut gagal menangani isu mereka.

    ALSO READ:  Puad ingatkan warga emas 'kebal', jangan lupa kes kawan Pol Pot

    Semalam, Rayer menyerang Ramasamy dan mereka yang sehaluan dengannya kerana berkempen menentang PH pada pilihan raya kecil ini.

    Terdahulu, Ramasamy, yang kini mengetuai Urimai, parti berteraskan orang India menggesa pengundi di Kuala Kubu Baharu supaya tidak mengundi PH.

    Ramasamy dilaporkan berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim harus “diberi pengajaran” kerana tidak menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts