Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesSuhaimi Saad kembali ke rahmatullah

    Suhaimi Saad kembali ke rahmatullah

    -

    Shopee CNY Sale

    Bekas ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad telah meninggal dunia pada jam 7.40 malam ini di sebuah hospital di Johor Bahru.

    Kabar duka itu dikongsikan di laman Facebook dan Instagram rasmi In-Team.

    “Sahabat kami yang kami kasihi, Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya…

    “Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    “Semoga Allah menempatkan almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Lahu Al-Fatihah,” kata kumpulan itu pada kenyataan ringkas.

    Sementara itu, Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid) turut berkongsi mengenai pemergian allahyarham.

    “Marilah sama-sama kita diakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solihin di syurga,” katanya pada satu kenyataan.

    Suhaimi, 43, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU hospital berkenaan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

    Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim dan empat anak, Ehmad Hadie Elfardie, 15, Saliman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, serta Nur Layla Elghufrony, 9.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts