Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSultan Abdullah titah jaga kesucian masjid di Pahang

    Sultan Abdullah titah jaga kesucian masjid di Pahang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memerintahkan semua pihak di Negeri itu supaya menjaga kesucian masjid dan tidak wajar menjadikan ia sebagai pentas politik.

    “Kita nak Pahang ini Negeri yang aman, sentosa dan berharmoni… bila masa berpolitik – lima tahun sekali.

    “Awak nak berpolitik, politiklah tapi masjid kita kena jaga kesucian,” titah baginda pada taklimat pembangunan daerah Maran di Pejabat Daerah dan Tanah Maran, baru-baru ini.

    Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di Negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.

    “Penyakit-penyakit lama harus diharamkan. Antaranya seperti sembahyang dua imam, kafir mengkafir. Saya bagi amaran di sini, mana-mana masjid yang membenarkan ini terpaksa ambil tanggungjawab.

    “Penghulu, Adun akan bertanggungjawab. Saya pun akan bertanggungjawab,” titah baginda.

    Sementara itu suri rumah Liza Ariff, 54, yang menetap di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading, berkata dengan titah Al-Sultan Abdullah itu, penduduk di kampung berkenaan berharap dapat menjalani ibadah dengan sempurna tanpa drama politik yang boleh merosakkan fungsi institusi masjid.

    “Contohnya, wanita di kampung ini sepanjang Ramadan sibuk dengan program tadarus al-Quran dan kami boleh melakukannya dengan tenang dan aman tanpa adanya hasad dengki atau unsur politik,” katanya.

    Usahawan logam Muhamad Arif Mazli, 21, berharap titah Sultan Pahang itu diambil perhatian oleh pihak berkenaan kerana dia sudah letih dengan sikap mereka yang menjadikan masjid sebagai pentas politik.

    “Sebagai orang muda, kami tidak mahu agama Islam dipengaruhi oleh fahaman politik kepartian yang boleh mengakibatkan perpecahan.

    “Titah baginda yang memberi amaran supaya tidak berlakunya dua iman ini wajar kerana tidak mahu situasi lama ini berakar umbi di sini,” katanya yang menetap di Kuantan.

    ALSO READ:  Vincent Tan tuntut Sanusi minta maaf, bayar RM200 juta

    Seorang suri rumah dari Kuantan, Zahara Mat Nawi, 45, berkata perihal politik tidak seharusnya dibawa ke masjid kerana ia boleh mengeruhkan lagi suasana serta ikatan persaudaraan sesama Islam.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts