Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSultan Ibrahim berangkat rasmikan istiadat pembukaan Parlimen

    Sultan Ibrahim berangkat rasmikan istiadat pembukaan Parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

    Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berangkat ke istiadat tersebut.

    Seri Paduka berdua tiba pada jam 10 pagi di Dataran Parlimen dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadillah Yusof, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal turut menyambut kehadiran Seri Paduka berdua.

    Inilah kali pertama istiadat pembukaan Parlimen dihadiri oleh Sultan Ibrahim sejak beliau menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

    Selepas tiba di Dataran Parlimen, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofia diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

    Lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diikuti dengan tembakan meriam 21 das daripada pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat), Kem Sungai Buloh, Selangor.

    Sultan Ibrahim memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama sebelum kembali ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ sekali lagi sebelum lagu Negaraku dimainkan semula.

    Selepas istiadat tersebut, pasangan diraja diiringi ke Bilik Rehat Diraja di bangunan Parlimen sebelum ke sidang Dewan Rakyat untuk menyampaikan Titah Diraja, yang merupakan titah pertama Sultan Ibrahim selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari.

    Istiadat tersebut turut disiarkan secara langsung di televisyen dan dalam talian.

    ALSO READ:  NGO sekali lagi mohon batal projek ladang di hutan Kledang-Saiong

    Berdasarkan takwim rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 19 hari dengan fokus utama pada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac, diikuti dengan jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

    Sidang Dewan Negara pula dijadual berlangsung dari 18 Mac hingga 4 April ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts