Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja

    Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada tahun 2022, Johor mengalami krisis apabila pengerusi BN Negeri pada masa itu, Hasni Mohammad dihalang daripada dilantik semula sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua walaupun berjaya memimpin gabungan itu dengan majoriti besar dalam pilihan raya Negeri.

    Pelantikannya dilaporkan dihalang oleh ‘kuasa lebih tinggi’ tetapi sebab di sebalik perkara itu tidak pernah dijelaskan.

    Dalam wawancara bersama The Strait Times Singapura yang diterbitkan hari ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendedahkan bahawa baginda telah menolak pencalonan Hasni bagi menegakkan kuasanya sebagai ketua Negeri.

    “Mereka buat silap. Hasni telah dijadikan ‘poster boy’, dan kesemua mereka (wakil rakyat BN) menandatangani deklarasi untuk menyokongnya.

    “Jadi, anda ingin desak saya (push me to the wall)? Dalam perlembagaan kami (Johor), satu-satunya individu yang boleh membuat keputusan melantik Menteri besar adalah sultan.

    “Sebab itulah beta menukarnya (pelantikan) dan mengejutkan semua pihak,” menurut Sultan Ibrahim.

    Sultan Ibrahim kemudian melantik Adun Machap Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri besar.

    Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan akan mengangkat sumpah pada 31 Januari depan.

    Dalam wawancara itu, Sultan Ibrahim menyatakan baginda tidak mahu menjadi ‘raja boneka’ semata-mata dan akan menggunakan sepenuhnya pengaruh sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk “memperbetulkan keadaan”.

    Ini termasuklah memastikan semua ahli parlimen sentiasa dipantau, dengan menyatakan baginda berada di pihak rakyat dan bukan ahli politik.

    Selain itu, Sultan Ibrahim juga berkata akan turut bersikap tegas dalam hubungannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Apabila beta kata tidak mahu berjumpa anda, itu sudah menjadi persoalan besar kenapa.

    “Dan beta ada pasukan media sosial sendiri. Apa yang beta beritahu perdana Menteri, beta pastikan ia keluar – seluruh negara akan mengetahuinya.

    ALSO READ:  BNM tidak pernah lulus, lesen aktiviti Quantum Metal

    “Sama ada dia bekerja rapat bersama beta atau keadaan akan menjadi sukar,” titah Sultan Ibrahim.

    Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim menyatakan sokongan kepada Anwar, yang menurutnya ada kala menghubunginya, “malah di tengah malam, untuk meminta nasihat”.

    Baginda juga berkata Anwar patut diberi peluang membuktikan kemampuannya dan terdapat Menteri yang bagus dalam kerajaan, antaranya Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

    “Beta akan menyokong kerajaan, tetapi jika beta fikir mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, beta akan beritahu mereka,” titah Sultan Ibrahim.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts