Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSultan Nazrin berkenan berangkat ke majlis Aidilfitri k'jaan Perak

    Sultan Nazrin berkenan berangkat ke majlis Aidilfitri k’jaan Perak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

    Keberangkatan tiba baginda pada pukul 3.10 petang disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan Negeri dan beberapa orang kenamaan.

    Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Idris Shah, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Shah.

    Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

    Pada majlis hari ini, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah kebajikan anak yatim iaitu Pusat Jagaan Darus Salam, Ipoh, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Pusat Jagaan Yayasan Amanah An-Nur Maisarah dan Pusat Jagaan Persatuan Anak-Anak Yatim Soleha, Tanjung Tualang.

    Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudiannya berkenan meninjau suasana majlis di perkarangan stadium tersebut sambil beramah mesra dengan pengunjung.

    Kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum memeriahkan sambutan dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan antaranya sate, kebab, nasi himpit, kuetiau, ketupat, lemang, rendang, kambing golek dan minuman.

    Terdahulu, Saarani dalam sembah ucapannya berkata sambutan pada petang ini membuktikan bahawa kemajmukan budaya, kaum dan agama yang menjadi simbol keunikan rakyat Malaysia selama ini tidak pernah menjadi halangan kepada keharmonian serta keamanan di Malaysia.

    Beliau berkata jurang perbezaan antara kaum tidak pernah mengekang masyarakat untuk bersama-sama menjulang dan memaknakan semangat muhibbah dengan menikmati kemeriahan serta kemanisan Aidilfitri pada setiap tahun.

    ALSO READ:  Sabah peruntuk RM175 juta program noktahkan miskin tegar tahun depan

    “Semangat muhibbah itu juga dirasai setiap kali kita meraikan perayaan-perayaan kaum lain kerana majoriti rakyat Malaysia masih percaya bahawa bibit-bibit perpaduan yang disemai dari kecil sehinggalah kita menginjak usia dewasa, adalah kunci kepada kemakmuran dan kesejahteraan sebuah negara,” katanya.

    Pada masa sama, Saarani berkata seruan untuk mempertahankan nilai perpaduan kini kembali bergema tatkala masyarakat sejak kebelakangan ini sering kali terheret dalam isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama.

    Menurutnya polemik dan perdebatan yang timbul mencetuskan prasangka dan kesangsian sehingga menguji semangat toleransi dalam kalangan rakyat.

    Lebih parah katanya platform media sosial yang sepatutnya menjadi pelantar bagi menyebar nilai perpaduan dan kasih sayang kini dijadikan sarang untuk menanam bibit persengketaan, memacak duri permusuhan, meniup bisikan mengadu domba serta memercik api kebencian.

    “Maka pada hari yang mulia ini, sama-samalah kita memasang tekad dan kesungguhan untuk membina kesatuan dan memelihara nilai-nilai perpaduan. Sesungguhnya keamanan yang dikecapi hari ini terlalu mahal harganya dan tiada galang ganti,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts