Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bersama Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menerima Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Abdulaziz, Kuantan sempena lawatan beliau ke Negeri tersebut.
Kedatangan Perdana Menteri ke istana itu berlaku pada pukul 3.40 petang dan pertemuan antara baginda berlangsung selama kira-kira satu jam.
Setelah pertemuan berkenaan, Anwar turut beramah mesra dengan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selain daripada itu, perdana Menteri dijadualkan untuk mendengar taklimat pembangunan Negeri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Anwar turut menjadualkan untuk melakukan jelajah mesra di bazar Ramadan Taman Kerang dan turut menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat Negeri Pahang di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, semasa lawatannya sehari itu.
– Bernama