Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSultan Selangor ingatkan orang bukan Islam tak campuri hal agama Islam

    Sultan Selangor ingatkan orang bukan Islam tak campuri hal agama Islam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur rakyat, khususnya yang bukan beragama Islam, agar menghormati dan tidak campur tangan dalam urusan agama Islam di negara ini.

    Sultan Sharafuddin, selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), menyatakan demikian selepas cadangan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar dari kalangan bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pembentukan undang-undang Islam.

    Melalui hantaran Facebook Selangor Royal Office hari ini, Sultan Selangor turut menyatakan bahawa MKI, di bawah pimpinannya, bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan berkaitan umat Islam.

    MKI juga mempunyai ahli pakar dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam undang-undang dan agama Islam.

    Dengan itu, Sultan Selangor berharap agar ahli politik yang bukan beragama Islam tidak campur tangan dalam urusan agama Islam.

    Baginda juga menyatakan bahawa penganut agama lain sepatutnya mengambil contoh daripada umat Islam yang tidak campur tangan dalam urusan agama lain di Malaysia.

    Baginda merujuk kepada ayat keenam Surah al-Kafirun dalam al-Quran yang bermaksud: “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

    Sultan Sharafuddin juga mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong DAP Anthony Loke.

    Sebelum ini, media melaporkan bahawa Loke menegaskan bahawa cadangan Ngeh itu adalah satu kekhilafan berkenaan punca kuasa penubuhan jawatankuasa khas dan DAP komited terhadap prinsip hormat-menghormati serta keharmonian antara agama dan kaum.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts