Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSultan Selangor tidak berhasrat terus jadi pengerusi MKI

    Sultan Selangor tidak berhasrat terus jadi pengerusi MKI

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berhasrat menyambung tugas sebagai pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas tempoh perkhidmatan baginda tamat pada 9 Mac ini.

    Dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin justeru menyerahkan kepada Majlis Raja-raja untuk memilih pengerusi yang baru.

    “Bagaimanapun, baginda tidak berhasrat menyambung tugas berkenaan dan menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih seorang pengerusi baru dari kalangan raja pemerintah agar kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI akan terus dapat dilaksanakan dengan lebih baik di bawah kepimpinan pengerusi baru,” menurut kenyataan itu.

    Sultan Sharafuddin mula menjalankan tugas sebagai pengerusi MKI pada 10 Mac 2022 dan akan berakhir pada 9 Mac ini.

    Menurut Peraturan 2(1) Peraturan-Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2022, pengerusi MKI hendaklah dipilih dari kalangan Raja Pemerintah oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

    Pengerusi yang dipilih akan memegang jawatan itu selama dua tahun dan tempoh itu boleh diperbaharui.

    Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin menegaskan sepanjang menjadi pengerusi, baginda telah memikul kewajiban untuk mengangkat dan mempertahankan syiar Islam di Malaysia dalam setiap keputusan yang dibuat secara muzakarah.

    Sultan Sharafuddin menyuarakan penghargaan kepada semua ahli mesyuarat, wakil Negeri-Negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah melaksanakan tugas dengan efektif sepanjang baginda menjadi pengerusi, menurut kenyataan itu lagi.

    “Pada mesyuarat terakhir bersama jawatankuasa ini, Baginda menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa dan skretariat sepanjang baginda memegang jawatan sebagai pengerusi MKI.

    “Baginda turut menyemak semua minit-minit mesyuarat yang lalu dan memastikan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang telah ditubuhkan, menjalankan tugas yang diamanahkan,” menurut kenyataan itu lagi.

    ALSO READ:  Agus lepas jawatan bos J-Kom untuk terima tawaran lain
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts