Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSultan S'gor: Kekalkan amalan tak lantik ahli politik jadi Menteri agama

    Sultan S’gor: Kekalkan amalan tak lantik ahli politik jadi Menteri agama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap agar amalan melantik kalangan bukan ahli politik sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam diteruskan.

    Sultan Sharafuddin bertitah, ia agar isu-isu berkaitan Islam tidak dijadikan bahan politik.

    Ia juga agar Menteri berkenaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam menyelesaikan pelbagai isu melibatkan umat Islam, titah baginda.

    “Beta menyarankan juga kelayakan akademik berasaskan ijazah Pendidikan Islam perlu dijadikan sebagai kriteria utama di dalam melantik seorang Menteri agama,” titahnya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) di Putrajaya, hari ini.

    Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar.

    Mohd Na’im Mokhtar

    Amalan melantik Menteri agama daripada kalangan bukan politik bermula ketika pentadbiran PN menerusi bekas mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad pada 2021.

    Bagaimanapun, dia digantikan oleh Naib Presiden PAS Idris Ahmad ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana Menteri. Amalan melantik bukan ahli politik diteruskan oleh kerajaan semasa, menerusi bekas ketua hakim syarie Mohd Na’im Mokhtar.

    Sultan Sharafuddin turut bertitah agar pentadbiran agama Islam di Malaysia bebas daripada pengaruh politik kepartian dan amalan mempolitikkan setiap urusan agama.

    “Beta menyeru umat Islam di negara ini agar terus memperkukuhkan komitmen terhadap perpaduan dan ukhwah yang selama ini menjadi teras kepada kemajuan negara.

    “…Perselisihan dan pertikaian yang muncul dalam kalangan masyarakat berkaitan apa-apa isu sekalipun perlu diurus dengan penuh tertib, ketinggian hikmah serta bersikap adil kepada semua pihak,” titah baginda lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts