Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSURAT | Merai penulis dalam ranahnya

    SURAT | Merai penulis dalam ranahnya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    SURAT | Dalam apa jua ranah, zaman sentiasa berubah. Namun semangat dan jiwa kekal menjadi sejarah kehidupan peribadi apabila kita tahu tujuan kita dan bertindak dengan ikhlas.

    Kenapa kita ingin mengeluh tentang sesuatu yang kita mulakan sendiri secara sukarela? Pertanyaannya sepatutnya adalah, sebelum bertindak, kita harus memilih siapa kita dan apa yang kita mahu.

    Perdebatan tentang perbezaan generasi mungkin terlalu mundur jika tidak ada asas kukuh untuk penyelesaian yang sihat. Namun, penyelesaian ini juga boleh membuka ruang untuk mengeksplorasi ide dan karya yang melampaui dogma emosi atau empati.

    Yang sudah berlalu adalah sejarah dan sejarah adalah titik tolak untuk menjaga kelestarian ilmu.

    Contohnya, polemik tentang seni dan manifestasi sastera Islam yang telah menjadi sejarah panjang tetapi masih belum selesai. Namun, bidang penulisan terus berkembang dengan cara mereka sendiri.

    Walaupun terdapat reaksi timbal balas mengenai perbezaan generasi, penulis tetap dalam pandangannya. Jangan takut penulis muda sudah berada dalam kegelapan hanya kerana hidupnya bergantung pada ego diri.

    Biarkanlah ada ratusan persatuan, tetapi jika perbezaan menjadi punca perpecahan, kita boleh memilih untuk melangkah sendiri.

    Apakah penulis tua sangat mempedulikan kehadiran diri mereka dalam acara sub-budaya atau menghadiri acara-acara yang tidak selesa? Biarlah mereka jujur dengan kehidupan mereka.

    Kita semua mempunyai perananan dalam hidup kita sendiri untuk menunjukkan kemuliaan hidup. Setiap penulis mempunyai perjalanan dan zaman masing-masing.

    Perbandingan antara penulis ini dan penulis itu bersifat peribadi dan bukan satu bukti yang konkrit. Tetapi yang perlu diberi perhatian adalah keperibadian hidup kita untuk mencipta ekosistem yang lebih baik, kerana kehendak dan keperluan individu mempunyai dinamikanya sendiri.

    ALSO READ:  AGC siasat ‘memo bocor’ cadang gugur pertuduhan pada Najib

    Bak ahli politik yang tidak malu;

    Sebelum pemilu, mereka bercakap kosong.

    Selepas pemilu, mereka akur berkawan.

    Ada yang malu-malu, ada yang menjadi sekutu, dan agamawan kita bukan lagi berdebat

    Tetapi semakin ramai yang bertelagah.

    Bahkan ada yang menafikan propaganda,

    Menimbulkan masalah, dan memberi kesan yang buruk.

    Bagaimana dengan sasterawan kita? Adakah mereka masih menjadi panduan dan memberi inspirasi? Atau mereka pun menjadi sebab kemelut dalam sejarah? Kita melihat sembari ketawa?

    Atau kita terus berdiam diri?

    Sudahlah, jika anda ingin hadir, hadirlah di mana sahaja anda rasa selesa, bersama siapa dan dalam kapasiti apa. Misalnya di Perlis, terdapat pelbagai aktiviti tua muda sehingga akhir tahun ini seperti diskusi sastera, perkongsian acara seni dan sub-budaya, dan banyak lagi.

    Kita akan terus mengagumi diri kita sendiri kerana kita menang dalam pertarungan yang kita cipta untuk membuktikan kebenaran kita.

    Jadi, jangan bimbang.


    ARAFAT HAMBALI ialah pendiri BalBuk Haus, sebuah ruang seni di Perlis dan pemenang Hadiah Sastera Selangor 2015.

    Pendapat dalam tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts