Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSURAT | RM2.66b kontrak ECRL dianugerah pada bumiputera

    SURAT | RM2.66b kontrak ECRL dianugerah pada bumiputera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengambil maklum ulasan berkaitan data penglibatan kontraktor bumiputera dalam pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menerusi artikel yang disiarkan portal berita baru-baru ini.

    Kontrak EPCC yang ditandatangani pada 1 Nov 2016 di antara MRL selaku pemilik projek ECRL dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) selaku kontraktor utama, menetapkan bahawa CCCC akan melantik subkontraktor serta pembekal tempatan untuk sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kerja-kerja sivil projek (tidak termasuk kerja-kerja terowong).
    Jumlah itu ditingkatkan kepada 40 peratus hasil rundingan semula kontrak EPCC di antara kerajaan Malaysia dan China yang termaktub dalam Perjanjian Tambahan Kontrak EPCC bertarikh 12 April 2019.

    Maka, nilai kontrak kerja-kerja tersebut dianggarkan berjumlah sehingga RM10.8 bilion bagi pelaksanaan projek ECRL dari 2017 hingga 2026. MRL ingin memaklumkan bahawa setakat 30 Nov 2023, sejumlah RM13.64 bilion nilai kontrak – iaitu melepasi sasaran RM10.8 bilion – telah dianugerahkan kepada syarikat tempatan yang terdiri daripada syarikat kontraktor, perunding dan pembekal tempatan.
    Jumlah tersebut merangkumi sebanyak RM1.20 bilion bagi kerja-kerja kontrak projek ECRL di Kelantan, RM6.18 bilion di Terengganu, RM5.62 bilion di Pahang dan RM0.64 bilion di Selangor.

    Ia melibatkan 2,801 syarikat tempatan secara keseluruhan. Dari jumlah ini, kami ingin memperjelaskan bahawa nilai kontrak yang dianugerahkan kepada pihak kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera setakat 30 Nov 2023 ialah sebanyak RM2.66 bilion atau 76.07 peratus daripada sasaran RM3.50 bilion.

    Tubuh jawatankuasa khas
    Dari nilai RM2.66 bilion tersebut, sebanyak RM1.69 bilion dianugerahkan kepada syarikat kontraktor bumiputera, RM0.28 bilion kepada syarikat perunding bumiputera dan RM0.69 bilion kepada syarikat pembekal bumiputera. Jumlah RM1.69 bilion yang dianugerahkan kepada syarikat kontraktor bumiputera tersebut adalah melibatkan 172 pakej kontrak (28 di Kelantan, 79 di Terengganu, 50 di Pahang dan 15 di Selangor) kepada 129 syarikat kontraktor bumiputera bagi kerja-kerja projek ECRL di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Ia merangkumi antaranya kerja-kerja tanah (at-grade), kerja-kerja jambatan dan pembinaan stesen.

    ALSO READ:  Mali rebels say they killed 131 soldiers and Russians in July clashes

    Ingin dimaklumkan juga bahawa sejak 2017 hingga kini, MRL dan CCCC telah bekerjasama dengan pihak kerajaan-kerajaan Negeri yang terlibat iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor bagi mempertingkatkan lagi penglibatan kontraktor bumiputera di dalam projek ECRL.
    Di pihak kerajaan Negeri yang terlibat, masing-masing telah menubuhkan jawatankuasa koordinator khas dan melantik syarikat milik kerajaan Negeri khusus bagi tujuan pengesyoran kontraktor bumiputera Negeri bagi melalui proses prakelayakan (Pre-Q). Antara keperluan yang telah ditetapkan dalam Pre-Q tersebut ialah syarikat terbabit perlu memiliki sijil-sijil yang berkaitan termasuk sijil pengesahan taraf bumiputera sebelum boleh disenarai pendek.

    Seterusnya kontraktor bumiputera yang disenarai pendek akan dipanggil oleh pihak CCCC untuk penyertaan tender bagi skop-skop kerja yang berkaitan.

    Pelaporan mengenai penglibatan syarikat tempatan dalam projek ECRL dibuat secara bulanan oleh pihak CCCC. Pihak MRL turut memberi taklimat dan mengemas kini butiran mengenai penglibatan syarikat tempatan dan bumiputera kepada setiap kerajaan Negeri dari masa ke semasa.

    Pihak MRL juga mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan bagi tujuan memberikan satu lagi platform buat kontraktor bumiputera di Negeri-Negeri yang berkaitan agar mereka berpeluang turut serta dalam pembinaan ECRL.

    Tender dalam masa terdekat
    MRL juga mengambil maklum akan isu berkaitan faktor komersial dan lain-lain kekangan dalam penentuan tawaran Tender Projek ECRL. Pihak kami sentiasa bersedia untuk membantu menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan kepada pihak MRL oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kami ingin menekankan bahawa usaha memperkasa penglibatan bumiputera dalam projek ECRL sentiasa menjadi keutamaan sungguhpun perkara itu tidak termaktub dalam Perjanjian EPCC yang hanya mensyaratkan penglibatan syarikat tempatan sahaja.

    Justeru pelbagai inisiatif dibuat bagi mencapai objektif tersebut seperti yang telah dinyatakan di atas. Terkini, inisiatif tambahan yang sedang diambil oleh CCCC ialah bekerjasama dengan kerajaan Negeri bagi penglibatan kontraktor bumiputera kategori G1 dan G2 bagi skop kerja yang bersesuaian.

    ALSO READ:  Wan Junaidi angkat sumpah sebagai TYT Sarawak ke-8

    CCCC sedang dalam proses menyenarai pendek syarikat kontraktor bumiputera G1 dan G2 yang disyorkan oleh kerajaan Negeri berkaitan dan panggilan penyertaan tender akan dibuat dalam masa terdekat.

    Pihak MRL juga menjangkakan nilai kontrak bagi syarikat bumiputera akan terus meningkat menerusi kerja-kerja pembinaan landasan dual gauge dari Stesen ECRL Pelabuhan Klang (Jalan Kastam) ke dermaga Westports dan Northport.

    Kenyataan ini disediakan oleh JABATAN KOMUNIKIASI KORPORAT MALAYSIA RAIL LINK SDN BHD.

    Pandangan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts