Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSURAT | Tangguhkan pindaan Akta Perakaunan 1967

    SURAT | Tangguhkan pindaan Akta Perakaunan 1967

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Hari ini saya telah menghadiri sidang media yang diadakan oleh tiga badan akauntan iaitu Persatuan Firma Akauntan Bertauliah Melayu (AMCAF), Persatuan Firma-firma Perakaunan Malaysia (MAFA) dan Persatuan Perakaunan Malaysia (MyAA). Mereka menuntut agar kerajaan menangguhkan pindaan Akta Perakaunan 1967 yang telah dilakukan tanpa rujukan kepada pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders). Diketahui bahawa kerajaan sedang dalam proses untuk membawa pindaan ini ke Parlimen.

    Kesan daripada pindaan ini akan menyebabkan semua graduan dari universiti tempatan tidak layak untuk menjadi akauntan. Sebaliknya, mereka perlu mengambil kursus profesional seperti ACCA, ICMA dan lain-lain untuk memenuhi syarat menjadi akauntan. Jika ini berlaku, maka bermakna kursus perakaunan yang dijalankan oleh universiti-universiti tempatan tidak lagi mempunyai kepentingan.

    Persoalan yang timbul ialah apakah inilah yang diinginkan oleh kerajaan setelah menghabiskan jutaan ringgit untuk melahirkan graduan yang tidak diiktiraf oleh badan akauntan sendiri?

    Mengapa kita terlalu bersemangat untuk tunduk kepada badan akauntan asing (luar negara)? Padahal, mengambil peperiksaan profesional ini memerlukan kos yang tinggi, iaitu sekitar RM15k – RM30k. Siapa yang akan membiayainya?

    Di dalam keadaan ekonomi yang lesu seperti sekarang, adakah kita mahu melihat duit ringgit mengalir keluar negara? Jika terdapat 1,000 graduan, bermakna jumlah yang perlu dibayar ke luar negara adalah antara RM15 juta hingga RM30 juta. Ini belum termasuk yuran keahlian tahunan selepas menjadi ahli badan akauntan tersebut. Jika semua ini dikumpulkan, anggaran jumlah wang yang mengalir keluar negara adalah sekitar RM100 juta setiap tahun.

    Menyambut bulan Kemerdekaan ini, saya menyeru kerajaan untuk menangguhkan pindaan Akta Perakaunan ini dan memberikan lebih banyak masa kepada semua pihak untuk memberikan pandangan dan komen.

    ALSO READ:  Pertemuan memilukan antara Aimah dengan anak perempuannya

    Sudah tiba masanya bagi negara untuk membebaskan pemikiran daripada pengaruh kolonial.

    Aminuddin Yahya merupakan ahli Persatuan Firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAF).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts