Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSuri rumah didakwa campak kucing dari tingkat 1 flat

    Suri rumah didakwa campak kucing dari tingkat 1 flat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan mencampak seekor anak kucing dari tingkat satu di sebuah flat di Cheras, Disember tahun lepas.

    Nina Norhaslinda Mazlan, 44 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan perbuatan tersebut di hadapan sebuah unit flat pada jam 7.35 pagi, 25 Disember yang menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan terbabit.

    Pegawai Pendakwaan menurut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) Akta yang sama dengan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Fadzilah Abdul Karim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

    Nina yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana dia tidak mempunyai pendapatan.

    Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Februari untuk sebutan kes bagi lantikan peguam.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts