Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSuruhanjaya Pekerja Gig untuk hak, bayaran lebih adil - penganalisis

    Suruhanjaya Pekerja Gig untuk hak, bayaran lebih adil – penganalisis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig yang diumumkan kerajaan semalam akan memastikan pekerja sektor itu mendapat perlindungan dan menikmati manfaat seperti pekerja formal di bawah definisi undang-undang buruh di Malaysia.

    Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah Dr Jain Yassin berkata dengan adanya suruhanjaya itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seperti dilakukan pekerja formal.

    “Selain itu, ia akan menyelesaikan isu dihadapi penggiat industri gig dan pekerja, terutamanya berkenaan sistem bayaran yang lebih adil supaya nanti mungkin dapat diperkenalkan perlindungan gaji minimum kepada mereka,” katanya kepada Bernama.

    Menurutnya, ketiadaan badan atau kumpulan memperjuang nasib pekerja ekonomi gig terutama dalam isu kekurangan perlindungan sosial dan gaji yang adil, menyebabkan pekerjaan gig dianggap pekerjaan bersifat sementara walaupun pada hakikatnya permintaan terhadap perkhidmatan seperti Foodpanda dan GrabFood semakin tinggi.

    Dari segi rangka kerja kawal selia suruhanjaya itu pula, Jain menjangkakan ia mungkin hampir sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tetapi lebih bersifat ‘pasaran bebas’ yang mempunyai sedikit kawal selia.

    “Pasaran bebas maksudnya kadar upah mungkin masih lagi berdasarkan mekanisme penawaran-permintaan kerana kita perlu faham, pemain industri adalah dalam kalangan pihak swasta yang berorientasikan keuntungan.

    “Dalam hal ini, kerajaan mungkin boleh menyediakan insentif percukaian bagi memberikan kapasiti kepada majikan untuk memperbaiki skim pekerja,” katanya.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Putrajaya semalam mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig itu bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig dengan tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.

    Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA) Daryl Chong berharap penubuhan suruhanjaya itu dapat menangani isu pemandu perkhidmatan e-hailing dan penghantar makanan (p-hailing) yang diberhentikan secara tidak munasabah oleh syarikat pengendali masing-masing.

    ALSO READ:  ‘Adakah PAS halalkan tindakan ceroboh kediaman MB?’

    “Tanpa melalui perbicaraan yang adil, ada daripada mereka diberhentikan dalam tempoh 24 jam sekiranya kes dilaporkan pelanggan kepada syarikat dianggap serius manakala untuk kes lebih ringan, mungkin mereka digantung sehari atau dua hari bergantung kepada siasatan, namun kebiasaannya siasatan ini bersifat sebelah pihak.

    “Pekerja tidak berpeluang untuk mempertahankan diri. Oleh itu, dalam hal ini, saya percaya suruhanjaya itu akan membantu kerana jika mereka (syarikat) ingin memberhentikan penunggang, mereka harus mengikuti proses yang betul termasuk mengadakan inkuiri pendengaran domestik sebelum seseorang itu diberhentikan,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts