Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL semalam sudah ditahan.
Menurut Bernama yang memetik Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, tangkapan dibuat di Kota Bharu, Kelantan.
Katanya lelaki terbabit diberkas polis kira-kira jam 3 petang ini.
Polis dijangka mengadakan sidang media untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai tangkapan berkenaan.
“Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau Ketua Polis Kelantan dalam masa terdekat,” kata Razarudin yang dipetik BH Online.
[Laporan lanjut menyusul]