Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSuspek serang balai polis, keluarga tak campur penduduk setempat

    Suspek serang balai polis, keluarga tak campur penduduk setempat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi yang turut mengorbankan dua anggota polis, dikatakan tidak bercampur dan mengasingkan diri daripada penduduk setempat.

    Tinjauan Bernama di rumah keluarga suspek terbabit di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai polis itu, mendapati kediaman suspek yang dilaporkan ahli kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) itu berada di dalam kawasan berpagar.

    Dianggarkan, terdapat kira-kira 10 rumah lain berada di dalam penempatan itu yang juga terpapar papan tanda larangan masuk, selain terletak tidak jauh dari Madrasah Luqmanul Hakim yang pernah menjadi tempat berkumpulnya pemimpin-pemimpin kumpulan pengganas JI suatu ketika dahulu.

    Seorang penduduk di kampung itu, Fauzi Faizal, 39, berkata suspek yang difahamkan mempunyai empat beradik tidak bersekolah dan dididik oleh bapanya yang juga merupakan ahli JI, sebagaimana dikatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang medianya semalam.

    “Dipercayai mereka adik-beradik (suspek) tidak mendapat pendidikan formal dan dididik oleh bapa sendiri, berkemungkinan dengan ajaran yang ekstremis,” kata Fauzi yang merupakan anak jati kampung itu.

    Fauzi yang juga Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Tiram berkata penempatan kediaman suspek itu dipercayai telah wujud lebih 20 tahun lepas dan didiami beberapa keluarga lain, selain terletak agak terpencil dari rumah penduduk yang lain.

    Penduduk yang mendiami penempatan itu turut mengasingkan diri dan tidak bercampur dengan penduduk sekitar, katanya.

    Fauzi berkata kejadian serangan itu amat mengejutkan dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan tentang keselamatan mereka, namun kecekapan pihak polis diyakini dapat mengawal keselamatan dan ketenteraman penduduk.

    ALSO READ:  Nigerian gov't appeals to labor union to shelve nationwide strike

    Senada dengan Fauzi, Ketua Kampung Ulu Tiram Shazrul Idham Abd Aziz, 41, turut berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian serangan itu dengan sebaik-baiknya.

    “Kejadian ini merisaukan penduduk khususnya, tetapi saya yakin polis akan ambil tindakan dan siasat untuk menjaga keamanan dan keharmonian penduduk kampung,” katanya.

    Dalam kejadian serangan yang berlaku pada 2.45 pagi tadi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun dan suspek yang berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

    Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli JI dan serbuan telah dilakukan ke rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts