Suspek yang membunuh dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor awal pagi tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah, kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.
Polis mengesyaki suspek berusia 22 tahun itu telah merancang dan melakukan serangan untuk mendapatkan senjata api yang disimpan di balai polis berkenaan, namun motif sebenar suspek masih belum dapat dipastikan.
Ketua Polis Negara berkata pihaknya telah menahan lima ahli keluarga suspek semasa serbuan di rumah keluarganya.
“Saya juga telah mengarahkan Cawangan Khas untuk mengenal pasti semua anggota JI di Johor dan mengambil mereka untuk siasatan,” katanya kepada pemberita di Johor.
[Berita penuh menyusul]