Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSyarikat cengkerang, VIP 'perisai' dalang penipuan kuota pekerja asing

    Syarikat cengkerang, VIP ‘perisai’ dalang penipuan kuota pekerja asing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terperanangkap di sebalik pagar asrama, warga Nepal Nabaraj, 26, rasa panik yang telah membelenggunya sebaik sahaja diberitahu yang dia perlu pulang ke kampung halaman, jelas terzahir di wajahnya. Dia dan saudaranya, Suraj (kedua-duanya bukan nama sebenar) hanya diberi tempoh 24 jam untuk berkemas dan meninggalkan Malaysia, pada akhir Oktober lalu.

    “Hari ini saya diberitahu yang saya akan terbang esok,” kata Nabaraj kepada Malaysiakini. Dia dibantu seorang rakan sekerja yang menterjemahkan kata-katanya.

    Wajah yang keras dan suara kasarnya menyembunyikan rasa takut untuk pulang ke kampung halaman dan kembali menjual sayur di pasar. Pekerjaan itu hanya memberikannya 500 rupee (RM18) sehari, iaitu kurang RM500 sebulan.

    Walaupun keluarganya dibelenggu hutang, Nabaraj dan Suraj bertekad membuat pinjaman yang besar dengan beberapa peminjam untuk menampung bayaran kepada ejen pengambilan pekerja. Mereka menggantung seluruh harapan pada janji kontrak tiga tahun sebagai pembersih di sebuah pusat perananginan, dengan masing-masing berharap mendapat gaji RM1,500 sebulan untuk membantu keluarga.

    Ia menjadi impian semua pekerja asing di Malaysia. Namun untuk Nabaraj dan Suraj, impian itu telah menyebabkan keluarga menanggung hutang yang kian meninggi, tanpa peluang untuk bebas daripadanya. Dua beradik ini kembali ke kampung halaman setelah meraih hanya tiga bulan gaji. Ini kerana mereka tidak diberi pekerjaan sepanjang lima bulan pertama di sini.

    Ketika Nabaraj dan Suraj tiba di Malaysia, mereka dapati tiada kerja pembersihan untuk mereka seperti dijanjikan. Nabaraj berkata, selepas beberapa bulan menunggu tanpa sebarang pendapatan, mereka ditempatkan di sebuah kilang susu di mana mereka perlu mengangkat barang berat.

    Tidak lama selepas itu, dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan susu tumpah. Dia berkata kecederaan lama menyebabkan dia tidak dapat mengangkat tong susu tersebut. “Saya datang ke Malaysia untuk jadi tukang cuci di Genting Highlands di bawah Star Domain Resources. Saya datang bukan untuk kerja ini (di kilang susu),” katanya. Suraj pula terlibat dalam pergaduhan dengan pekerja lain di asrama.

    ALSO READ:  DNAA Zahid keputusan penuh Idrus selepas baca dokumen bocor

    Dimiliki oleh individu yang didakwa sebagai dalang sindiket. Star Domain Resources Sdn Bhd adalah satu daripada enam syarikat yang didapati Malaysiakini mendapat ratusan kuota pekerja asing daripada kerajaan dengan menghantar dokumen palsu.

    Untuk mendedahkan kontrak yang dimeterai adalah palsu, Malaysiakini membuat semakan terhadap maklumat dalam kontrak dan mendapati maklumat seperti nombor pendaftaran syarikat, alamat dan nama pelanggan adalah palsu.

    Namun untuk menunjukkan perkaitan antara penipuan dan pelakunya, yang menurut sumber dalaman mengawal kesemua enam syarikat dalam sindiket, tidaklah mudah.

    Salah seorang individu itu, yang dilihat menepati gambaran yang diberikan, adalah Ng Yeen Seen. Yeen Seen adalah perunding perniagaan yang diiktiraf sebagai ‘Young Global Leader’ oleh Forum Ekonomi Dunia pada 2016. Dia juga adalah CEO badan pemikir Asli dan anak kepada bekas bendahari dan veteran Gerakan, Ng Chiang Chin.

    Menurut sumber dalaman, perniagaan ini secara luarannya nampak memang sah. Ada prosedur pengambilan yang terperinci yang perlu dipatuhi dan infrastruktur digital, menurut mereka.

    Halaman laporan tahunan Versatile Creatives Bhd untuk 2017, memaparkan profil KC Wong sebagai pengarah. Sebagai pengasas dan pengarah urusan GT-Marketing, KC ada pengalaman panjang dalam pelbagai industri serta mengasaskan Versatile Creative Berhad, syarikat tersenarai awam, pada 2000.

    Ramli berkata tangkapan dibuat susulan laporan oleh seorang individu berstatus penduduk tetap yang berkata mereka kerugian RM1 juta ekoran penipuan itu, yang didalangi oleh seorang lelaki berusia 46 tahun. Lelaki itu telah dibebaskan dengan ikat jamin.

    Seorang pekerja memberitahu Malaysiakini yang mereka hanya makan sekali sehari – iaitu nasi dengan kuah kari tanpa lauk. Bekalan makanan kemudian habis, menyebabkan mereka kelaparan selama beberapa hari. Mereka tidak sanggup untuk meminta pertolongan luar.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts