Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSyarikat penerbangan milik Sarawak dijangka beroperasi 2025

    Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka beroperasi 2025

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka mula beroperasi pada 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

    Katanya pada masa ini proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Negeri itu sedang berlangsung selepas dipersetujui secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aviation Group.

    “Apa yang berlaku kini ialah perbincangan mengenai aspek teknikal pengambilalihan tersebut. Saya jangka mungkin pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya hujung tahun ini boleh selesai. Kita akan ada syarikat penerbangan kita sendiri pada 2025.

    “Nama syarikat penerbangan juga sudah ada, tapi kita tidak boleh umum dulu,” katanya yang ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

    Pada 23 Nov tahun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil dilaporkan berkata kerajaan Negeri Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASwings Sdn Bhd sebagai persediaan mengambil alih syarikat penerbangan berkenaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts